Harian Metro

Syahir pilih Kuala Lumpur Thunder

-

Kuala Terengganu: Bekas tekong emas negara, Mohd Syahir Rosdi bakal menyarung jersi pasukan Kuala Lumpur Thunder musim ini dalam saingan Liga Sepaktakra­w Malaysia (STL) yang bakal membuka tirainya di Kelantan pada 15 Ogos ini.

Bekas tekong tinggi lampai Penang Black Panthers itu mahukan perubahan yang baharu terutama selepas berakhirny­a tempoh penggantun­gan pada akhir Mac lalu.

Selain itu pemain berusia 24 tahun kelahiran Sungai Petani, Kedah berkenaan mahu berbakti dan membalas jasa skuad Kuala Lumpur yang pernah menaikkan namanya sebelum ini selain Pulau Pinang.

“Ya Insya-Allah tahun ini jika STL berlangsun­g seperti biasa, saya akan mewakili pasukan Kuala Lumpur, ini ditambah kerana setakat ini belum ada lagi tawaran daripada pasukan lain kecuali Kuala Lumpur.

“Lagipun Kuala

Lumpur adalah pasukan pertama yang memberi peluang kepada saya mewakili negeri dalam kejohanan Piala Emas Johor pada 2014, jadi saya nak berbakti dengan pasukan itu musim ini,” katanya.

Syahir yang terkenal dengan ‘servis kuda’ sebelum ini digantung selama sembilan bulan bermula 27 Jun tahun lalu bersama seorang lagi bekas tekong kebangsaan kelahiran Terengganu, Zulkifli Razak atas kesalahan disiplin oleh Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM).

Susulan itu, pemain berkenaan dilarang beraksi dalam sebarang kejohanan atau pertanding­an sama ada dalam mahupun luar negara termasuk digugurkan daripada skuad negara ke Sukan SEA Filipina tahun lalu walaupun tampil menafikan berkaitan masalah disiplin.

Pencapaian terbaik dua bekas tekong negara itu adalah menamatkan kemarau 24 tahun kilauan pingat emas di Sukan Asia 2018 selepas kali terakhir di Hiroshima, Jepun pada 1994.

Bekas tekong tinggi lampai mahukan perubahan

yang baharu

 ??  ?? AKSI Syahir (gambar kecil) dalam perlawanan sepak takraw.
AKSI Syahir (gambar kecil) dalam perlawanan sepak takraw.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia