Harian Metro

Dua pusat latihan sedia sambut atlet

-

Bekas pemain perseorang­an badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei memang dikenali sebagai seorang yang berhati mulia dan sering berkongsi rezeki yang beliau ada.

Dia tidak pernah lokek untuk menghulurk­an sumbangan andai mempunyai rezeki yang lebih untuk di kongsi bersama terutama di kalangan pemain badminton negara.

Pemain perseorang­an negara yang kini berstatus bebas, Iskandar Zulkarnain Zainuddin (gambar) pernah berkongsi kisah Chong Wei yang sanggup memberi kasut sukan kepadanya.

Kata Iskandar sepanjang bergelar pemain badminton dia tidak pernah membeli kasut sukan. Cakap saja perkara itu kepada Chong Wei, esoknya pasti Iskandar akan mendapat kasut baru.

Malah bukan sepasang ada kalanya sampai dua atau tiga pasang diberi kepadanya setiap kali di usulkan perkara itu kepada bekas pemain nombor satu dunia itu.

“Sejak bergelar pemain badminton

Kuala Lumpur: Dua pusat latihan yang akan mula beroperasi esok iaitu Akademi badminton Malaysia (ABM) dan Pusat Latihan Perahu Layar di Langkawi sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima atlet.

Menerusi pemantauan yang dibuat oleh Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin, beliau amat berpuas hati dengan persediaan yang dilakukan termasukla­h proses nyahkuman yang dilakukan di dua pusat berkenaan.

Proses nyahkuman itu turut di lakukan di MSN selepas di kosongkan oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang digunakan sebelum ini.

“MSN sangat berpuas hati dengan proses yang dilakukan. Dua lokasi pusat latihan berkenaan sudah bersedia untuk menerima atlet.

“Manakala Casa Satu akan dibuka kepada atlet 8 Jun ini apabila selesai penambahba­ikkan pembersiha­n,” katanya.

Tegas Jefri, atlet yang akan memasuki pusat latihan berkenaan akan menjalani ujian Covid-19 sebanyak tiga kali yang mana ia akan dilakukan pada hari pertama mereka melapor diri dan kemudian akan dikuaranti­n selamat dua hari.

Selepas ujian pertama didapati negatif, atlet akan dibenarkan turun menjalani latihan dan ujian ketiga akan dilakukan pada hari ke-13 mereka di pusat latihan berkenaan.

Proses memeriksa suhu akan dilakukan sebanyak dua kali iaitu ketika sarapan pagi dan pada waktu makan malam.

 ??  ?? ANTARA koleksi kasut yang dihadiahka­n Chong Wei.
ANTARA koleksi kasut yang dihadiahka­n Chong Wei.
 ??  ?? AKADEMI Badminton Malaysia dan Pusat Latihan Perahu Layar akan mula dibuka semula.
AKADEMI Badminton Malaysia dan Pusat Latihan Perahu Layar akan mula dibuka semula.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia