Harian Metro

SOP Liga Korea jadi panduan

-

Kuala Lumpur: Larangan meludah di atas padang adalah salah satu prosedur operasi standard (SOP) baharu yang perlu dipatuhi oleh semua pemain Liga Malaysia (Liga M) apabila saingan liga tempatan disambung semula pada September ini.

Normal baharu yang diperkenal­kan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) itu bagi mengelak penularan pandemik

Covid-19 melalui air ludah yang kemungkina­n boleh menyebabka­n jangkitan kepada pemain lain.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, SOP itu antara beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pemain termasuk larangan meraikan jaringan gol serta bersalaman dengan pasukan lawan.

“Kebanyakan SOP itu lebih kurang sama dengan negara lain dan tak banyak beza. Apa yang penting adalah penjarakan sosial sama ada ketika menjalani latihan ataupun ketika perlawanan seperti meraikan gol bersama rakan sepasukan. Ia tak boleh lagi dilakukan lagi oleh pemain selepas ini.

“Malah, pemain juga tak boleh meludah ke padang dan sebagainya. Sebab apa jua yang boleh dikaitlan dengan virus Covid-19 kita tak boleh lakukan lagi, ibarat ia adalah normal baharu dalam bola sepak,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Larangan meludah ke rumput itu boleh dianggap perkara biasa atau tindakan spontan buat mana-mana pemain bola sepak ekoran keletihan ketika beraksi.

Justeru, menerusi SOP baharu itu ia menuntut perubahan drastik daripada pemain untuk mengelak penularan Covid-19 ini.

Mengulas mengenai penyediaan SOP yang akan dikemukaka­n kepada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) bagi mendapatka­n kebenaran untuk meneruskan saingan Liga M pada September nanti, Ab Ghani tidak menolak kemungkina­n pihaknya bakal menggunaka­n SOP Liga Korea Selatan sebagai panduan.

“Di sesetengah negara, isu Covid-19 ini amat tinggi maka sudah semestinya perlu ada SOP yang tinggi dan ketat.

“Manakala kita pula akan buat SOP mengikut perkembang­an semasa dan yang sesuai dengan negara kita serta mengikut panduan daripada MKN dan kerajaan Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia