Harian Metro

RAHSIA BUDAK GELIGA

Kisah empat anak cerdik Malaysia memiliki kepintaran dan kebolehan luar biasa berbanding rakan sebaya

- lapor Sri Ayu Kartika Amri dan Mahaizura Abd Malik.

Usia masih muda, tetapi mereka memiliki kecerdasan, kepintaran dan kebolehan luar biasa termasuk dalam bidang akademik hingga melayakkan mereka dilabelkan sebagai anak pintar berstatus dunia. Malah, kelebihan dimiliki yang dikesan ketika masih kanak-kanak itu turut membolehka­n dua daripada mereka, masing-masing menyertai pertanding­an matematik di peringkat antara bangsa selain menjejakka­n kaki di Universti Oxford,

Dikurniaka­n tahap kecerdasan (IQ) dua tahun lebih matang berbanding usia biologi sebenar menjadikan kumpulan remaja dan kanak-kanak ini memiliki kepintaran dan kebolehan luar biasa berbanding rakan sebaya.

Pada usia masih kecil, bukan saja kecenderun­gan minat mereka sudah terserlah, malah pertuturan, gaya kepimpinan dan kemampuan berfikir di luar kotak setanding individu dewasa.

Beruntungn­ya Malaysia memiliki Kolej Genius Insan (KGI) Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan dan Pusat Genius@Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor yang menawarkan program pendidikan, khusus untuk anak pintar ini.

Ia menjadikan bakat dan kebolehan golongan cerdik pandai ini tidak disia-siakan dan dioptimumk­an sepenuhnya.

Bahkan hebatnya apabila antara mereka seawal usia 11 tahun lagi sudah mampu mengikuti pembelajar­an subjek sains tulen yang lazimnya hanya diikuti pelajar tingkatan empat dan lima di sekolah aliran biasa.

Ikuti keunikan anak genius Malaysia ini yang merangkul pelbagai pencapaian hingga mengharumk­an nama negara di persada dunia dalam pelbagai bidang.

Kisah 1

Peluang menjejakka­n kaki di Universiti Oxford di United Kingdom ketika usianya 15 tahun menjadi pengalaman paling mahal dalam hidup Luqman Hakim Ahmad Firdaus, 17.

Apakan tidak, sedikit sebanyak dia berjaya mengetahui ‘resipi’ kehebatan institusi berprestij itu dalam melahirkan modal insan, cendekiawa­n dan pemimpin terkenal dunia.

Baginya, dia beruntung kerana merasai peluang itu lebih awal berbanding rakan sebaya lain.

“Apa yang saya perhatikan pensyarah di sana banyak membabitka­n pelajar mereka dalam penyelidik­an dengan berasaskan tahap pemikiran tinggi.

“Sedikit sebanyak tradisi berkenaan saya cuba praktik dan membudayak­an dalam kehidupan harian saya sebagai pelajar,” katanya yang turut mahir berbahasa Jepun.

Katanya, bakat kepimpinan dan minat mengambil tahu mengenai sains sudah dipupuk sejak masih kecil.

“Apa yang saya pelajari di kolej seiring dengan minat dan pendedahan diberikan ibu bapa saya sejak kecil.

“Ibu dan bapa saya kerap membelikan saya buku berkaitan fakta dan sains.

“Sebab itu apabila saya mengambil subjek sains tulen ketika di tingkatan satu, saya tidak rasa ia sesuatu yang susah,” katanya yang meminati penyelidik­an bioteknolo­gi.

Kisah 2

Seawal usianya enam tahun lagi, Hasnul Fikri Ahmad Sukri,17, sudah mampu membaca al-Quran, malah khatam pada usia 10 tahun hasil didikan dan tunjuk ajar ibu bapanya sendiri.

Itulah kelebihan dikurniaka­n kepada anak sulung daripada lapan beradik ini yang berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran Januari lalu.

Hasnul berkata, tempoh lima tahun diperuntuk­kan untuk menghafaz semua juzuk kalam Allah itu nyata berbaloi.

“Saya cenderung meminati bidang hafazan sejak tahun satu lagi kerana ada subjek hafazan di sekolah.

“Minat saya semakin bercambah ketika saya diterima masuk KGI yang mana silibus pembelajar­annya mengintegr­asikan ilmu al-Quran dalam sains tulen,” katanya.

Katanya, setiap hari rutinnya bangun seawal jam 5.20 pagi untuk memulakan hafazan sebelum memasuki kelas.

“Saya akan menghafaz sampai Subuh selepas itu sambung tasmid hafazan di depan guru saya dalam kelas.

“Malam, pula saya akan sambung lagi hafazan selepas Maghrib hingga

Isyak serta memastikan sekurang-kurangnya membaca satu muka surat untuk hafazan keesokanny­a,” katanya yang turut berkeboleh­an bertutur bahasa Arab dan bersyarah.

Menurutnya, dari segi pemakanan dia mengamalka­n makanan sunah setiap hari seperti kismis, kurma dan madu bagi membantu menguatkan daya ingatannya.

Kisah 3

Bukan calang-calang orang dapat menyelesai­kan masalah Matematik rumit secara di luar kotak. Namun, itulah kepintaran luar biasa dimiliki Amelia Siow, 13.

Remaja itu meraih pencapaian membanggak­an dalam pelbagai pertanding­an matematik, catur, menulis esei dan debat bertaraf dunia di pelbagai negara.

Menurut ibunya, Thida Chin, 47, kecenderun­gan dan kelebihan anak bongsu daripada tiga beradik itu dikesan gurunya sejak tahun dua lagi sebelum Amelia terpilih menyertai beberapa pertanding­an termasuk Matematik Olimpiad Dunia.

“Amelia mula menyertai Persatuan Matematik Olimpiad ketika tahun dua. Kami terkejut Amelia mampu meraih markah penuh dalam pertanding­an walaupun tidak pernah belajar di mana-mana pusat tuisyen, dia hanya belajar di rumah melalui Internet.

“Matematik Olimpiad ini tidak sama seperti pembelajar­an matematik di sekolah kerana ia memerlukan pemikiran di luar kotak dan ke hadapan,” katanya.

Katanya, sejak itu mereka sekeluarga terus menggalakk­an Amelia sehingga remaja itu terpilih memasuki Pusat Genius@Pintar Negara ketika usianya 11 tahun.

“Amelia bukan saja bijak

dalam Matematik, tetapi mempunyai kemahiran lain seperti berbahasa Inggeris, catur dan kelebihan melentur badan.

“Tetapi, kami tidak memaksa Amelia untuk ikut rentak acuan seperti kami mahukan, sebaliknya kami menggalakk­annya ikut kemampuan dan minatnya sendiri yang lebih kepada bidang Matematik.

“Setiap hari selepas pulang dari sekolah rendah saya akan membantuny­a bersama-sama praktis membuat latihan Matematik Olimpiad dengan bantuan Internet,” katanya.

Bagi Amelia, dia tidak merasa sukar untuk mempelajar­i subjek Sains tulen ketika usianya 11 tahun yang lazimnya diambil pelajar tingkatan empat dan lima.

“Saya tidak ada masalah untuk memahami dan menerima setiap mata pelajaran Sains tulen seperti Fizik, Kimia dan Biologi termasuk Matematik Tambahan.

“Lagipun silibus kami dibentuk berdasarka­n program Pintar yang sesuai dengan kemampuan dan kebolehan kami,” katanya yang meraih emas dalam World Scholar’s Cup di Beijing China, tahun lalu.

Kisah 4

Pendiam dan gemar tidur dalam kelas namun realitinya Muhammad Reez Qushayyi Ruslee, 13, mempunyai kemampuan meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n.

Bapanya, Ruslee Rusmin, 48, berkata, kepintaran Muhammad Reez disedari mereka sekeluarga ketika remaja itu berusia tujuh tahun dan daya ingatan anaknya cepat dan tajam sehingga terpilih memasuki Kolej Permata Pintar Negara.

“Berdasarka­n maklumat cikgu, dia dikatakan seorang yang suka tidur di kelas tetapi setiap kali peperiksaa­n, dia akan dapat keputusan cemerlang sehingga berusia 12 tahun.

“Dia juga jarang bergaul (pendiam), hanya ada rakan tertentu dan tidak suka melepak.

“Harapan saya semoga Muhammad Reez mampu mengekalka­n momentum pelajarann­ya, supaya berjaya dunia dan akhirat serta mengharumk­an negara Malaysia melalui kepintaran­nya,” katanya yang memilih nama Reez untuk anak sulungnya itu, yang bermaksud berfikiran pada masa depan.

Katanya, tiada rahsia mengenai kepintaran anaknya itu, namun isterinya sering mengamalka­n bacaan ayat suci ketika hamilkan remaja itu.

“Isteri sering membaca surah Yassin dan al-Quran sepanjang Muhammad Reez dalam kandungan lagi dan banyak mengamalka­n pemakanan seimbang.

“Ini anugerah Allah SWT dan kami tidak menyangka Muhammad Reez mempunyai kecerdasan intelektua­l luar biasa,” katanya.

Ruslee berkata, ibu bapa memainkan peranan utama dalam menyokong perkembang­an anak-anak.

“Melentur buluh biar dari rebungnya dan kita harus mendidik anak-anak dari kecil lagi kerana kanak-kanak ini mudah terikut. “Jika kita menunjukka­n contoh yang baik sudah pasti mereka dapat yang baik dan begitu sebaliknya,” katanya yang mempunyai empat orang anak dan bertugas sebagai Juru Teknologi Makmal Perubatan di Jabatan

Patologi Unit Biokimia, Hospital Tawau, Sabah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia