Harian Metro

PERMOHONAN MAAF SUAMI KINI TERJAWAB

Wanita baharu faham maksud suami tak dapat temani ketika bersalin

- Oleh Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

“Kami rancang beli barang keperluan bayi minggu depan Nurul Fatin Nabila Harun

Sebelum ini, Nurul Fatin Nabila Harun menganggap ungkapan maaf suaminya kerana tidak dapat menemani dia melahirkan bayi sulung mereka yang dijangka November ini sebagai rasa bersalah ‘biasa’ lelaki itu.

Tidak langsung terlintas di hati wanita berusia 25 tahun itu insan kesayangan, Zaid Berahim, 33, akan meninggalk­an dia dan tiada lagi untuk menemaniny­a sampai bila-bila.

Kata Nurul Fatin Nabila, semuanya terjawab semalam apabila Zaid disahkan meninggal dunia selepas tersepit dalam mesin pengacuan di sebuah kilang di Jalan Bukit Gedung di sini, pada jam 4.08 pagi.

“Saya sangka arwah minta maaf kerana dia patuh prosedur operasi standard (SOP) hospital ketika Covid-19 yang tidak membenarka­n suami menemani isteri di dewan bersalin. Kini terjawab sudah maksudnya (permohonan maaf itu) namun saya reda dan akan membesarka­n anak sulung kami dengan sempurna,” katanya yang ditemui selepas pengebumia­n arwah di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Sungai Ara di sini.

Menurutnya, masih terngiang ungkapan maaf arwah Zaid yang diucap berkali-kali sejak beberapa hari lalu selain perubahan suami yang kurang bercakap dan hilang selera makan.

Malah, katanya, suaminya juga sudah memindahka­n wang simpanan ke akaun banknya dan mereka merancang membeli barang keperluan bayi minggu depan.

“Namun kita hanya merancang dan Tuhan menentukan dia pergi selama-lamanya hari ini (semalam),” katanya yang sarat mengandung enam bulan.

Mengimbas kejadian itu, Nurul Fatin Nabila berkata, dia sedang bekerja sebagai operator pengeluara­n di kilang sama ketika arwah Zaid yang berkhidmat sebagai juruteknik membaiki mesin pengacuan tersepit.

Katanya, dia dimaklumka­n rakan mengenai insiden malang itu dan tidak mampu berkata-kata melainkan berdoa supaya arwah selamat terutama selepas melihat jarinya tidak lagi bergerak.

Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa dua jam untuk mengeluark­an arwah Zaid yang ketika itu sudah meninggal dunia.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumia­n.

 ??  ??
 ??  ?? NURUL Fatin Nabila (tiga dari kanan) ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Sungai Ara selepas pengebumia­n jenazah suaminya, Zaid yang maut akibat tersepit mesin pengacuan di sebuah kilang di Jalan Bukit Gedung.
NURUL Fatin Nabila (tiga dari kanan) ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Sungai Ara selepas pengebumia­n jenazah suaminya, Zaid yang maut akibat tersepit mesin pengacuan di sebuah kilang di Jalan Bukit Gedung.
 ??  ?? GAMBAR kenangan Nurul Fatin Nabila bersama Zaid.
GAMBAR kenangan Nurul Fatin Nabila bersama Zaid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia