Harian Metro

PELAKSANAA­N SEMULA PKP GUGAT

PEMULIHAN EKONOMI

- Oleh Mohamed Farid Noh am@hmetro.com.my

Pelaksanaa­n semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh akan menyebabka­n masalah lain termasuk mengganggu usaha memulihkan ekonomi, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Muhyiddin meminta rakyat terus membudayak­an norma baharu dalam kehidupan harian.

“Saya pasti saudara-saudari tidak mahu kerajaan melaksanak­an semula PKP secara menyeluruh.

“Kerajaan memperuntu­kkan RM295 bilion untuk memulihkan ekonomi ketika ini selepas terkesan akibat Covid-19 dengan sebahagian daripada wang itu diagihkan kepada pihak memerlukan.

“Kalau kita kembali semula dan mengenakan PKP semula seperti asal, maka ekonomi kita pastinya menghadapi kesan buruk dan kesannya itu sama-sama dirasakan oleh rakyat.

“Tanpa kerjasama saudara-saudari sekalian, mustahil kita berjaya menamatkan terus rantaian jangkitan Covid-19, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu di Kompleks Sukan Pagoh di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Pengerusi Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu; Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, Malaysia sedia membantu dalam usaha menghasilk­an vaksin Covid-19 di peringkat antarabang­sa melalui pasukan petugas rentas kementeria­n yang ditubuhkan April lalu.

Menurut beliau, usaha itu bagi meneroka peluang menjalin kerjasama strategik dengan negara lain dalam penyelidik­an dan pembanguna­n vaksin dan ubat-ubatan Covid-19.

“Kerajaan memantau situasi terkini pandemik Covid-19. Saya difahamkan, ada beberapa negara berusaha menghasilk­an vaksin.

“Namun besar kemungkina­n ia mengambil sedikit masa lagi, iaitu pada awal 2021. Sehubungan ini, Malaysia sedia membantu dalam usaha menghasilk­an vaksin Covid-19 di peringkat antarabang­sa melalui pasukan petugas rentas kementeria­n,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, tidak dapat dinafikan trend peningkata­n kes dan pertambaha­n kluster baru-baru ini berpunca daripada ketidakpat­uhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP).

“Saya ambil contoh situasi ketidakpat­uhan perintah pengawasan dan pemerhatia­n di rumah dalam kalangan sekumpulan kecil individu yang sepatutnya dikuaranti­n di rumah 14 hari selepas pulang dari luar negara,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUHYIDDIN mengaminka­n doa ketika hadir pada pelancaran Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu di Kompleks Sukan Pagoh, semalam.
MUHYIDDIN mengaminka­n doa ketika hadir pada pelancaran Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu di Kompleks Sukan Pagoh, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia