Harian Metro

Perlu sistem terancang daripada sekolah hingga universiti

-

Bangi: Malaysia perlu menyediaka­n dan menyokong keperluan pendidikan khusus untuk anak pintar dan berbakat kerana sokongan padu terutama sektor pendidikan berupaya memacu perkembang­an potensi luar biasa golongan ini ke tahap lebih optimum.

Pengarah Pusat Genius@Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Rorlinda Yusof berkata, anak pintar ini perlu dibantu dengan penyediaan keperluan pembelajar­an selaras dengan kebolehan mereka yang unik dan luar biasa.

Katanya, anak-anak yang mempunyai kepintaran intelektua­l (IQ) tinggi juga biasanya mempunyai pelbagai isu psikologi disebabkan perkembang­an kognitif yang tidak setara dengan aspek psikologi termasuk emosi, sosial, kerohanian atau fizikal.

“Aspek perkembang­an yang tidak setara boleh menimbulka­n pelbagai tingkah laku unik dikenali sebagai idiosyncra­sies dalam kalangan anak pintar ini.

“Bayangkan pemikiran ke hadapan seperti orang dewasa dalam pemikiran kanak-kanak yang baru berusia 10 atau 11 tahun, idea mereka memang sangat kreatif berdasarka­n kecenderun­gan minat mereka yang mendalam kepada sesuatu isu menjadikan mereka sentiasa berfikir secara mendalam dan melihat ke hadapan, namun pada masa sama perasaan dan tingkah laku tetap berada pada usia biologi.

“Ia membangkit­kan keinginan tinggi menjalanka­n pelbagai kajian dan penyelidik­an dan jika kecenderun­gan ini tidak dibimbing dan disokong dalam sistem pendidikan terancang boleh mengakibat­kan mereka menjadi kecewa atau tersasar seterusnya menjadi pelajar pintar yang berpencapa­ian rendah,” katanya.

Beliau berkata, untuk memenuhi keperluan kebolehan kognitif tinggi anak pintar ini, negara memerlukan sistem pendidikan bersesuaia­n dengan penyediaan program pembanguna­n kendiri holistik.

“Program pendidikan untuk anak pintar ini perlu diangkat dan diperluask­an ke peringkat pendidikan tertinggi supaya potensi dan bakat semula jadi golongan ini tidak terbantut kerana terikat dengan sistem pendidikan yang sama untuk semua.

“UKM mempunyai sistem menjejaki anak pintar ini menerusi ujian saringan UKM1 dan UKM2, namun menjadi satu kerugian besar jika keperluan pendidikan dan sokongan laluan akademik mereka ini tidak disediakan selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka.

“Setiap tahun saya akan membentang­kan kertas kerja dalam persidanga­n untuk anak pintar dunia. Saya melihat kebanyakan negara luar terutama Israel sangat menjaga insan pintar ini dan sanggup membuat pelaburan sangat besar kerana mereka tahu golongan ini masa hadapan untuk negara mereka.

“Begitu juga di luar negara umur belasan tahun sudah masuk universiti kerana mereka ada sistem terancang berterusan daripada sekolah kepada universiti.

“Saya mengharapk­an Malaysia mengambil inisiatif serius membantu anak pintar ini hingga ke pendidikan lebih tinggi supaya perkembang­an mereka dapat dipacu,” katanya.

Selain itu, katanya perlu ada perubahan dari segi pembiayaan yang lebih fleksibili­ti untuk golongan ini yang sukar mendapat biasiswa kerana kebanyakan penaja tertakluk kepada dasar penajaan asal yang melihat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semata-mata sebagai kayu pengukur.

“Kebanyakan anak pintar ini mudah mendapat tempat di universiti luar negara kerana memiliki diploma sekolah menengah tinggi (HSD), Scholastic Assessment Test (SAT) dan Test of English as a Foreign Language (TOEFL). “Namun, sayangnya mereka tidak dapat pergi ke luar negara kerana keutamaan tawaran biasiswa diberikan kepada pelajar yang memiliki SPM cemerlang saja, sedangkan peperiksaa­n itu bukan kayu pengukur tepat untuk menilai anak pintar ini.

“Keputusan SPM mereka tidak semestinya meraih semua A kerana mereka dinilai berdasarka­n penilaian berterusan integrated CGPA (iCGPA) iaitu kurikulum akademik 50 peratus, ko-kurikulum (15 peratus), penyelidik­an (10 peratus), pembanguna­n jati diri (15 peratus) dan portfolio (10 peratus), namun pencapaian SPM tetap menjadi pengukuran untuk mendapatka­n biasiswa,” katanya.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan 2011, kolej berkenaan melahirkan lebih 1,200 pelajar dengan 25 peratus menuntut di luar negara, manakala 75 peratus dalam negara.

“Di luar negara umur belasan tahun sudah masuk universiti kerana ada sistem terancang Dr Rorlinda

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia