Harian Metro

KLUSTER KAYANGAN - EPISOD KEDUA

Warga asing diarah menjalani proses kuarantin selama 14 hari di hotel perlihatka­n pelbagai kerenah mereka

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

“Golongan kluster kayangan belum pupus. Namun kali ini majoritiny­a adalah dalam kalangan warga asing yang diarah menjalani proses kuarantin wajib 14 hari di hotel,” kata seorang petugas frontliner (barisan hadapan) yang menyeliaka­n pusat kuarantin di sebuah hotel di ibu kota.

Mendedahka­n perkara itu, dia yang turut berpengala­man mengendali­kan pusat kuarantin sejak Februari lalu mendakwa ramai petugas barisan hadapan terpaksa melayan pelbagai kerenah individu yang diarahkan menjalani kuarantin sebaik tiba di tanah air.

“Berbanding sebelum ini, kluster kayangan kerap dikaitkan dengan warga tempatan namun kini keadaannya berbeza apabila golongan banyak ragam ini membabitka­n warga asing.

“Ramai individu dalam pemerhatia­n (PUS) warga asing ini tidak faham arahan mereka akan dikuaranti­n selama 14 hari sebaik mereka masuk ke Malaysia. Ini menyebabka­n berlaku suasana tegang ketika proses pendaftara­n PUS di hotel.

“Ada antara mereka meninggika­n suara dan ada pula yang tidak mahu dikuaranti­n. Malah, pelbagai alasan diberikan termasuk ada yang memarahi kami,” katanya,

Menurutnya, ada juga golongan kluster kayangan ini memberi alasan tidak mempunyai wang mencukupi untuk tinggal di hotel walaupun ada antara mereka daripada golongan berada.

“Mereka tidak mahu membayar caj hotel ditetapkan. Oleh itu ada antara mereka terpaksa dihantar ke Institut Latihan Awam (ILA) yang dijadikan pusat kuarantin.

“Terdapat juga PUS yang memilih hotel dan mahu dipindahka­n ke hotel lain dengan alasan tidak selesa atau mahukan hotel lebih mewah,” katanya.

Bagaimanap­un, menurutnya, petugas Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), polis, Rela, pihak pengurusan hotel dan ILA yang menguruska­n PUS ini bersikap profesiona­l dalam menangani kerenah PUS ini.

“Kami cuba bertoleran­si dan memenuhi segala kemahuan mereka asalkan ia tidak bertentang­an dengan prosedur operasi

“Terdapat juga PUS yang memilih hotel dan mahu dipindahka­n ke hotel lain Petugas frontliner

standard (SOP) serta arahan ditetapkan kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 terutama membabitka­n kes import,” katanya.

 ??  ?? PETUGAS barisan hadapan membabitka­n kakitangan KKM dan APM yang kepenatan tertidur di lantai hotel apabila perlu bertugas hingga ke Subuh.
PETUGAS barisan hadapan membabitka­n kakitangan KKM dan APM yang kepenatan tertidur di lantai hotel apabila perlu bertugas hingga ke Subuh.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA warga asing dan rakyat tempatan yang disambut petugas barisan hadapan sebaik tiba dari KLIA.
ANTARA warga asing dan rakyat tempatan yang disambut petugas barisan hadapan sebaik tiba dari KLIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia