Harian Metro

Tidur ketika masih pakai PPE

-

Kuala Lumpur: Ramai petugas barisan hadapan yang kepenatan hingga terlentang tidur di lantai lobi hotel dalam keadaan masih memakai pakaian pelindung diri (PPE).

Itu nasib dialami petugas di pusat kuarantin yang perlu menyaring warga asing dan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara sebelum diarah menjalani kuarantin wajib 14 hari.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Wilayah Persekutua­n, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Zahri Bin Abdul Aziz berkata, ketibaan individu dalam pemerhatia­n (PUS) ini yang tidak mengira masa siang atau malam memerlukan petugas di pusat kuarantin sentiasa dalam keadaan bersedia serta memakai PPE.

Menurutnya, petugas Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan APM perlu bersiap siaga untuk menyambut kumpulan individu terbabit yang dihantar terus dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur

(KLIA) atau klia2 ke hotel yang menjadi lokasi pusat kuarantin.

“Selalunya kami perlu menyambut mereka sekitar jam 1 hingga 3 pagi dengan memakai pakaian lengkap PPE yang panas dan tidak selesa. “Proses dokumentas­i dan saringan ujian Covid-19 ini mengambil masa yang panjang berikutan ia perlu dilakukan penuh teliti serta membabitka­n jumlah individu dalam pemerhatia­n (PUS) yang ramai,” katanya.

Menurutnya, petugas barisan hadapan ini tetap tabah melakukan tugas ini yang ada kalanya berlanjuta­n hingga ke Subuh.

“Hanya mereka yang pernah memakai PPE mengetahui cabaran fizikal perlu dihadapi. Bukan hanya panas dirasai malah ada antara mereka berpeluh dan kepenatan melampau.

“Ada antara mereka ini bekerja tanpa rehat sebelum Aidiladha lalu (31 Julai) hingga kini. Mereka melupakan hasrat untuk menyambut hari raya bersama keluarga demi tugas diamanahka­n ini,” katanya.

Proses dokumentas­i, saringan ujian Covid-19 ambil masa panjang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia