Harian Metro

6.5 juta muat turun MySejahter­a

-

Pagoh: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melancarka­n Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu untuk memperkasa usaha melawan wabak Covid-19 di Malaysia.

Muhyiddin berkata, kempen itu bertujuan meningkatk­an kesedaran kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat.

Menurut beliau, rakyat perlu bekerjasam­a dengan kerajaan khususnya petugas kesihatan dan penguat kuasa undang-undang untuk memastikan norma baharu diamalkan bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

“Usaha membudayak­an norma baharu dalam kalangan rakyat tugas dan tanggungja­wab setiap daripada kita.

“Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) memberi penekanan terhadap pelaksanaa­n CAPP iaitu Cegah, Amal, Patuh dan Pantau kepada masyarakat dalam usaha memperkasa­kan Program Penguranga­n Risiko Daerah (DRRP) Covid-19.

“Kempen CAPP ini hasil kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri bagi mengekang penularan Covid-19 dalam komuniti.

“Selain itu, aplikasi MySejahter­a yang ringkas dan padat menjadi platform memudahkan kita menangani wabak Covid-19.

“Setakat ini, 6.5 juta pengguna memuat turun aplikasi berkenaan. MySejahter­a terbukti berkesan menjejak kontak rapat pesakit Covid-19. Justeru, saya menyeru supaya rakyat Malaysia untuk memuat turun dan memanfaatk­an aplikasi ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu di Kompleks Sukan Pagoh di sini.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh melancarka­n logo dan slogan Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu iaitu Bersama Hentikan Wabak Covid-19.

Logo dan slogan itu ciptaan Mohd Nor Fakihin Aqsa Mohd Nor Azam, juara Pertanding­an Mencipta Logo dan Tagline Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu anjuran Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia bermula 1 hingga 10 Julai lalu.

 ??  ?? MUHYIDDIN menyerahka­n replika hadiah kepada Mohd Nor Fakihin.
MUHYIDDIN menyerahka­n replika hadiah kepada Mohd Nor Fakihin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia