Harian Metro

Status PKPP belum diputuskan

-

Pagoh: Kerajaan belum memutuskan sama ada menyambung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) atau melaksanak­an langkah lain selepas 31 Ogos ini. Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan diputuskan selepas data jangkitan Covid-19 semasa dianalisis dengan lebih terperinci. “Kita kena tengok keadaan terkini sebelum 31 Ogos ini dan bincang semula apa yang akan kita lakukan selepas tarikh itu.

“Pada awal bulan lalu, kita pernah mencatat tiada jangkitan Covid-19 tiga hari berturut-turut pada awal bulan lalu.

Jika tiada kadar jangkitan hingga 31 Ogos, mungkin kita akan kata tak perlu lagilah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988). Namun waktu itu, kita kena jaga diri kita sendiri, bukan lagi mengharapk­an barisan hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu di Kompleks Sukan Pagoh di sini, semalam. Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Pengerusi Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu mengakui masih ada individu degil dan ingkar dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Katanya, ia termasuk mengabaika­n pemakaian pelitup muka walaupun diwajibkan sejak 1 Ogos lalu.

Beliau berkata, denda RM1,000 ke atas individu ingkar memakai pelitup muka diharap memberi kesedaran kepada rakyat supaya mematuhi arahan ditetapkan.

“Polis diberi budi bicara sepenuhnya sama ada kompaun ataupun tahan individu degil untuk dihadapkan ke mahkamah.

“Setakat hari ini (semalam), 3,231 kertas siasatan dihantar polis kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

“Kita kena tengok keadaan terkini sebelum 31 Ogos ini Ismail

 ??  ?? ISMAIL
ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia