Harian Metro

DIBENAR KELUAR 1KM

Pergerakan penduduk Kampung Natoi terbatas tapi akur arahan pihak berkuasa

- Oleh Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

“Kehidupan penduduk berubah sejak kluster Sivagangga menular di Napoh hinggakan pergerakan penduduk di Kampung Natoi, Changlun terbatas selepas pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) Secara Pentadbira­n (Temco), 3 Ogos lalu.

“Kami hanya dibenarkan keluar pada jarak satu kilometer ke Pekan Napoh menyebabka­n penduduk sukar membeli barangan,” kata Zulkifli Md Isa, 58.

Penduduk Kampung Natoi itu berkata, mereka akur dengan arahan kerajaan melakukan kuarantin wajib 14 hari di rumah selepas melakukan ujian calitan Covid-19.

“Penduduk memakai gelang merah jambu, jadi sudah tentu sukar buat kami berurusan di kawasan lain walaupun hanya untuk keluarkan wang di bank.

“Kasihan kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil kerana sukar membeli susu sedangkan Temco tamat pada 30 Ogos ini dan tempohnya masih panjang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Zulkifli berkata, ada 70 keluarga di Kampung Natoi dengan keseluruha­n penduduk seramai 350 orang dan kebanyakan­nya sudah melakukan persediaan awal membeli barangan.

Katanya, penduduk hanya mengharapk­an bantuan dihantar pihak luar untuk meneruskan kehidupan harian kerana mereka tidak dapat keluar seperti biasa.

“Penduduk di sini kebanyakan­nya penoreh getah dan pesawah menyebabka­n mereka tidak dapat keluar bekerja serta mengharap sumbangan harian terutama yang mempunyai ahli keluarga ramai,” katanya.

Sementara itu, Muna Ishak, 43, berkata, sebelum ini dia hanya menonton televisyen berkaitan penduduk di negeri lain menjalani ujian saringan akibat Covid-19.

Namun, katanya, apabila ia berlaku di kampung sendiri, dia sedih dan kecewa kerana disebabkan hanya seorang individu ingkar kuarantin di rumah, orang lain pula terkena kesannya.

“Saya dan suami serta lima anak sudah melakukan ujian calitan dan memakai gelang merah jambu untuk kami kuarantin wajib di rumah 14 hari.

“Nak marah kat peniaga nasi kandar itu pun tak guna sebab benda nak jadi. Tak boleh buat apa, cuma berharap semua penduduk perlu buat saringan,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK Kampung Natoi melakukan aktiviti harian.
PENDUDUK Kampung Natoi melakukan aktiviti harian.
 ??  ?? ZULKIFLI (kanan) mengagihka­n sumbangan ikan segar kepada penduduk Kampung Natoi, Napoh, semalam.
ZULKIFLI (kanan) mengagihka­n sumbangan ikan segar kepada penduduk Kampung Natoi, Napoh, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia