Harian Metro

CUTI KHAS SEMINGGU

Dua sekolah di Sanglang ditutup berikutan mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19

-

Dua sekolah di Sanglang, dekat sini, diberikan cuti khas seminggu hingga Jumaat ini berikutan penularan Covid-19 di dua kawasan di mukim berkenaan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, Naharudeen Othman berkata, pemberian cuti itu diberikan selepas mendapat arahan daripada Pusat Kesihatan Daerah (PKD).

Katanya, dua sekolah yang terbabit dengan arahan berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sanglang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang berikutan mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19.

“Saya difahamkan cuti atau arahan Perintah Pengasinga­n (HIO) sudah dikeluarka­n kepada guru di dua sekolah berkenaan sehingga Jumaat depan.

“Jadi apabila tiada guru, bermakna pelajar juga tidak perlu hadir ke sekolah selama perintah ini dikuatkuas­akan. Namun sekolah selain daripada yang dikenakan arahan terbabit di Sanglang masih boleh meneruskan aktiviti seperti biasa dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Bagaimanap­un, jika ada ibu bapa yang masih tidak yakin dengan situasi semasa, mereka boleh memilih untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah namun mestilah dengan mengemukak­an surat kepada pihak JPN,” katanya di sini, semalam.

Kelmarin, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mempertimb­angkan untuk melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) Secara Pentadbira­n (Temco) di kawasan tertentu di Sanglang berikutan penambahan kes Covid-19 secara mendadak di negeri itu.

Azlan dilaporkan berkata, pertambaha­n 10 kes Covid-19 dikesan kelmarin membabitka­n sebuah keluarga di Kuala Sanglang yang mempunyai kaitan dengan kluster Sivagangga di Napoh, Kubang Pasu.

Sehingga kelmarin, 12 kes positif Covid-19 sudah dilaporkan di Perlis membabitka­n kawasan di Sanglang dan Padang Siding dengan jumlah keseluruha­n sebanyak 20 kes sejak Mac lalu.

Oleh Dziyaul Afnan

Abdul Rahman am@hmetro.com.my

 ??  ?? KEHIDUPAN nelayan di Kuala Sanglang. Seramai 872 penduduk di dua buah kampung iaitu kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul akan menjalani ujian saringan Covid-19 dalam masa terdekat. Ujian itu dilakukan berikutan penularan kes Covid-19 daripada kluster Sivagangga.
KEHIDUPAN nelayan di Kuala Sanglang. Seramai 872 penduduk di dua buah kampung iaitu kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul akan menjalani ujian saringan Covid-19 dalam masa terdekat. Ujian itu dilakukan berikutan penularan kes Covid-19 daripada kluster Sivagangga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia