Harian Metro

Maha 2020 secara fizikal, maya

-

Jasin: Penganjura­n Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Pelanconga­n Agro Malaysia (Maha 2020) yang dijadual pada November depan dilaksanak­an sepenuhnya dalam suasana norma baharu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata, ia termasuk melaksanak­an aktiviti jualan dan pameran secara fizikal dan maya (virtual).

Beliau berkata, perancanga­n itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini.

“Kami masih menunggu keputusan kerajaan, khususnya Majlis Keselamata­n Negara (MKN) sama ada membenarka­n penganjura­n Maha 2020 atau sebaliknya.

“Saya jangka penganjura­n acara dwitahunan itu dapat pertimbang­an baik daripada MKN kerana ia mampu membantu golongan peladang, penternak dan nelayan menjual hasil mereka,” katanya selepas merasmikan Program Melabuh Unjam, Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) di Jeti Nelayan Umbai, Serkam di sini, semalam.

Baru-baru ini, Menteri Kanan Keselamata­n, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata, penularan Covid-19 di negara ini turut mengubah cara penganjura­n Maha 2020 apabila ia dijangka diadakan secara hybrid antara 26 hingga 29 November depan.

Kerajaan bersetuju secara dasar dengan cadangan penganjura­n Maha 2020 yang diadakan secara fizikal dan maya.

Sehubungan itu, pihak pengurusan Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor menyediaka­n garis panduan untuk penganjura­n pameran pertanian terbesar di negara ini, termasuk hanya peserta diberi kad jemputan dibenarkan masuk ke tapak pameran manakala kehadiran mereka perlu direkodkan.

Peserta antarabang­sa pula hanya dibenarkan terbabit secara dalam talian.

 ??  ?? AHMAD Hamzah (dua dari kiri) menyampaik­an bendera myKomuniti (myKP) selepas merasmikan program Melabuh Unjam di Jeti Nelayan Umbai, semalam.
AHMAD Hamzah (dua dari kiri) menyampaik­an bendera myKomuniti (myKP) selepas merasmikan program Melabuh Unjam di Jeti Nelayan Umbai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia