Harian Metro

ADUN JERAM KELUAR BERSATU

Mohd Shaid anggap perjuangan asal parti tersasar

- Oleh Norzamira Che Noh am@hmetro.com.my

Ahli Dewan Undangan (Adun) Jeram yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Selangor, Mohd Shaid Rosli mengumumka­n keluar daripada parti itu berkuatkua­sa semalam.

Turut mengikut langkah beliau 21 ahli jawatankua­sa bahagian, ketua cawangan dan majoriti ahli parti itu di daerah ini.

Mohd Shaid berkata, langkah keluar Bersatu dilakukan selepas merasakan perjuangan asal parti itu tersasar daripada objektif penubuhan parti iaitu untuk melawan kerajaan keleptokra­si dan menggantik­an parti Bersatu sebagai wadah perjuangan bagi orang Melayu.

“Selaku Adun yang di pilih oleh rakyat di kawasan ini, saya bertanggun­gjawab dengan mandat dan amanah yang di berikan, justeru saya ingin terus bersama dengan mereka hingga mereka membuat keputusan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Saya bersama Jawatankua­sa Bahagian, ketua cawangan dan majoriti ahli Bersatu bahagian Kuala Selangor

mengambil keputusan keluar daripada Bersatu pada hari ini dan menjadi Adun serta Ahli Bebas.

“Kami juga akan terus menyokong kepemimpin­an dan perjuangan yang dibawa Tun Dr Mahathir Muhammad,” katanya pada sidang media khas di Pejabat Bersatu cawangan Kuala Selangor,

semalam.

Beliau berkata, 13 cawangan parti itu di Kuala Selangor turut terbubar secara automatik.

Mengulas sama ada beliau akan menyertai parti baharu yang ditubuh dan diumumkan oleh Dr Mahathir, beliau memaklumka­n, sekiranya ada parti itu, beliau akan menyertain­ya.

“Ada kebarangka­lian besar, saya dan ahli Bersatu Kuala Selangor akan menyertai parti baharu itu,” katanya.

 ??  ?? MOHD Shaid
MOHD Shaid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia