Harian Metro

Terima saja, usah pilih kerja: Menteri

-

Tapah: Lebih baik bekerja dengan gaji rendah daripada tiada pekerjaan langsung, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

“Nasihat saya kepada semua rakyat Malaysia, terima saja apa juga pekerjaan walaupun ada pemotongan gaji sebab keadaan hari ini (disebabkan covid-19) adalah luar biasa dan di luar jangkaan,” katanya selepas melancarka­n program Go TVET Orang Asli di Dewan

Merdeka di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas isu penganggur­an dan kehilangan pekerjaan susulan pandemik Covid-19 dalam negara.

Saravanan berkata, rakyat juga perlu merebut sebarang peluang pekerjaan dan tidak lagi boleh memilih.

“Sehingga keadaan berubah kita perlu berpegang dengan apa juga peluang pekerjaan sedia ada, walaupun ada (syarikat) mengurangk­an gaji dan sebagainya.

“Melalui program khas yang dirancang kerajaan, saya memberi jaminan keadaan akan bertambah baik,” katanya yang memberitah­u kementeria­n bersama agensinya, Pembanguna­n Manusia Berhad (PSMB) menawarkan latihan bagi menambah baik kemahiran pekerja di Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan juga mewujudkan portal khas untuk merekod data rakyat tempatan di luar negara yang hilang pekerjaan dan akan diumumkan pada Isnin.

Menurutnya, langkah itu antara inisiatif kerajaan membantu rakyat yang kembali selepas hilang pekerjaan khususnya mereka yang bekerja di Singapura.

“Saya dimaklumka­n 400,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, sebahagian besar sudah kembali namun, kita belum mempunyai angka jelas berapa ramai yang bekerja di sana,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia