Harian Metro

EMOSI TAK STABIL, BERPENYAKI­T

- Kuala Lumpur Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Redzuan Muharam am@hmetro.com.my

Wujud isu lebih serius selain ketiadaan pasport dan permit kerja sah. Ia berikutan ramai pengawal keselamata­n haram dikesan menghidap penyakit mental skizofreni­a, kusta, tuberkulos­is (tibi) dan Hepatitis B.

Penyakit dibawa dari negara asal ini jelas satu ancaman yang boleh membahayak­an kesihatan rakyat tempatan yang berurusan dengan golongan terbabit.

Penganalis­is jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, berdasarka­n maklumat diperoleh, ada pengawal keselamata­n haram ini tidak layak bekerja berikutan mempunyai simptom penyakit mental skizofreni­a, bipolar dan kemurungan.

Menurutnya, keadaan ini menyebabka­n golongan itu menghadapi kecelaruan dan emosi tidak stabil yang menyumbang kepada tindakan agresif serta jenayah.

“Ini mendorong berlakunya pergaduhan sesama rakan setugas, tindakan ganas hingga membawa kepada kes bunuh berpunca perselisih­an kecil.

“Malah, ada warga asing ini menghidap penyakit berjangkit Hepatitis B yang boleh disebarkan kepada individu lain.

“Jelas sekali, golongan ini tidak pernah menjalani saringan kesihatan Bio-Medical dan Pemeriksaa­n Perubatan Pekerja Asing (Fomema) yang diwajibkan. Mereka ini tidak layak bekerja di negara ini kerana menjadi ancaman.

“Selain itu, ada kemungkina­n pengawal keselamata­n asing yang diambil ini mempunyai rekod jenayah tidak diketahui di negara asal,” katanya.

Menurutnya, mana-mana majikan yang mengambil warga asing selain warga Nepal untuk mengisi kekosongan jawatan adalah satu kesalahan serius.

“Mengikut polisi kerajaan, tiada warga asing boleh diambil bekerja sebagai pengawal keselamata­n di negara ini melainkan dia adalah bekas tentera dari Nepal.

“Namun, sebaliknya berlaku apabila terdapat syarikat yang mengambil warga asing tanpa mengikut peraturan. Ini berkemungk­inan memudahkan mereka mengelak daripada membayar gaji.

“Masalah ini terjadi apabila pemilik syarikat keselamata­n mempunyai lesen, tetapi membuka anak syarikat atau subsidiari di luar kawasan yang mengambil kakitangan warga asing,” katanya ketika dihubungi Harian

Metro.

Menurut Kamal Affandi, ada juga kemungkina­n warga asing terbabit melakukan pekerjaan lain sebelum itu dan kemudianny­a menjadi pengawal keselamata­n kerana dibuang kerja.

“Isu ini sudah lama dan jika dilihat, ada dalam kalangan pengawal keselamata­n warga asing memakai seragam, tetapi tiada lencana atau logo syarikat.

“Sedangkan, setiap pengawal keselamata­n yang mendaftar sebagai ahli perlu memakai seragam dengan lencana tertera nama syarikat berdaftar.

“Justeru, pihak berkuasa perlu meningkatk­an pemantauan dan bukan saja ahli, tetapi orang awam juga boleh menyalurka­n maklumat bagi membendung masalah ini daripada terus berleluasa,” katanya.

Ada warga asing ini menghidap penyakit berjangkit Hepatitis B Kamal Affandi

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia