Harian Metro

Tidur di kaki lima lepas hilang kerja

-

Kuala Lumpur: Walaupun pelbagai inisiatif dijalankan kerajaan namun masih ada gelandanga­n yang terus menjadikan kaki lima di ibu kota sebagai ‘bilik tidur.’

Pemandanga­n itu dapat dilihat di kaki lima deretan kedai sekitar Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini.

Bagi Ramli, 50, dia tidur di kaki lima sebuah kedai sejak beberapa bulan lalu kerana tidak mampu menyewa bilik kerana kehilangan kerja akibat Covid-19.

Menurutnya, walaupun hanya beralaskan kotak dan beg sebagai bantal, ia sudah cukup selesa untuk dirinya menghilang­kan kepenatan seharian bekerja di sekitar pasar Chow Kit.

“Saya tidur di kaki lima kedai sebaik premis selesai menamatkan operasi dan bangun jam 6 pagi setiap hari untuk bekerja.

“Upah diterima juga tidak menentu menyebabka­n saya tidak mampu menyewa bilik,” katanya ketika ditemui, malam kelmarin.

Ramli ditemui pada aktiviti pengagihan Bakul Rizkie 2.0 anjuran Persatuan Alumni Penggerak Rakan Muda Malaysia.

Katanya, setiap hari pasti ada pelbagai pihak yang menghulurk­an bantuan seperti makanan dan ia dapat membantu mengalas perutnya yang kelaparan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Alumni Penggerak Rakan Muda Malaysia, Falaq Faizal Lakimon berkata, program edisi kedua itu memberi fokus kepada gelandanga­n sekitar ibu kota untuk diberikan bantuan makanan.

Menurutnya, seramai 100 gelandanga­n menerima agihan makanan yang disumbangk­an pelbagai syarikat korporat.

“Kami mahu anak muda untuk turut serta menjalanka­n aktiviti kebajikan dan membantu golongan yang terkesan akibat Covid-19.

“Bukan sekadar di Kuala Lumpur, program Bakul Rizkie ini akan diperluask­an di seluruh negara pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? FALAQ Faizal (kanan) mengagihka­n makanan kepada gelandanga­n di Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
FALAQ Faizal (kanan) mengagihka­n makanan kepada gelandanga­n di Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia