Harian Metro

Rupa-rupanya pengedar dadah

-

Melihat tindakan suspek yang begitu agresif polis kemudian melepaskan dua tembakan ke arah tayar kereta dinaiki suspek”

Nik Ezanee Mohd Faisal

Petaling Jaya: Penjenayah nekad merempuh kenderaan polis untuk melepaskan diri daripada ditahan di Sunway Mentari di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian jam 3.15 petang, lelaki berusia 21 tahun ditahan untuk pemeriksaa­n kerana memandu dalam keadaan mencurigak­an.

“Ketika cuba diperiksa, lelaki berkenaan mengundurk­an kereta dan merempuh kenderaan polis.

“Melihat tindakan suspek yang begitu agresif polis kemudian melepaskan dua tembakan ke arah tayar kereta dinaiki suspek,” katanya.

Nik Ezanee berkata, ketika proses tangkapan, suspek sekali lagi bertindaka­n agresif dan berlaku pergelutan antara suspek dan polis sebelum ditahan.

“Pemeriksaa­n di dalam kenderaan menemui beg silang yang mengandung­i 20 peket dadah jenis heroin seberat 20 gram.

“Susulan tangkapan suspek, polis kemudian membuat serbuan jam 5 petang di rumah di Jalan USJ 13/5E di Subang Jaya dan menahan seorang lelaki berusia 26 tahun,” katanya.

Menurutnya, polis juga menemui dadah jenis syabu seberat 140 gram, daun ganja kering, pil ekstasi dan heroin bernilai RM48,480.

“Polis kemudian menyerbu sebuah lagi rumah pada hari sama di Jalan USJ 3/4K di Subang Jaya dan menahan seorang lelaki berusia 29 tahun dipercayai turut terbabit dengan sindiket sama.

“Semua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 39A(2) akta yang sama,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia