Harian Metro

DARI ‘GAME’ KE LITAR HARAM

Empat lelaki, dua wanita terbabit dalam lumba haram ditahan

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my Kuala Lumpur

Bermula dengan bermain permainan dalam talian PlayerUnkn­own’s Battlegrou­nd (PUBG) sebelum bertukar ke litar lumba haram.

Itu ‘perjalanan’ dua wanita yang ditahan bersama empat lelaki kerana menunggang secara berbahaya termasuk membuat aksi zig zag dan Superman di Kilometer 257 hingga Kilometer 269 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Seremban, semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT), Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, siasatan awal mendapati mereka berusia 22 dan 26 tahun terbabit dalam kegiatan lumba haram sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, mereka yang bekerja sebagai pembantu akauntan dan penjaga tapak binaan ‘berkenalan’ melalui permainan PUBG sebelum mula terbabit dalam kegiatan itu.

“Dalam Op Samseng Jalanan jam 1.15 pagi (sema- lam), Unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman yang melakukan pemantauan melihat enam motosikal ditunggang empat lelaki dan dua

Dua wanita terbabit menunggang motosikal lebih laju berbanding penunggang lelaki ketika bersaing sesama sendiri”

Mohd Nadzri Hussain

wanita berusia 20 hingga 27 tahun.

“Ketika itu, mereka melakukan aksi bersaing sesama sendiri, meniarap di atas motosikal, zig-zag dan menunduk badan di lebuh raya itu yang membahayak­an diri dan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Mohd Nadzri berkata, polis mendapati dua wanita terbabit menunggang motosikal lebih laju berbanding penunggang lelaki ketika bersaing sesama sendiri.

“Polis bertindak menahan mereka ketika semua mereka berhenti di sebuah stesen minyak di Taman Teknologi Malaysia dekat Sungai Besi, jam 1.40 pagi (semalam),” katanya.

 ??  ?? PENUNGGANG motosikal yang ditahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara, semalam.
PENUNGGANG motosikal yang ditahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia