Harian Metro

YANG MISKIN DAPAT DULU

100 juta dos vaksin Covid-19 dihasil dan diagih pada 2021

- Geneva

Vaksin Covid-19 yang masih di peringkat ujian klinikal dijangka diberikan kepada negara miskin terlebih dahulu pada 2021.

Gavi, pakatan vaksin yang juga kerjasama kesihatan global awam dan swasta untuk meningkatk­an akses imunisasi di negara miskin mengumumka­n bahawa sehingga 100 juta dos vaksin Covid-19 akan dihasilkan dan diedarkan ke negara miskin tahun depan.

“Vaksin ini diletakkan pada harga maksimum AS$3 (RM13) satu dos akan dihasilkan di Institut Serum India (SII),” katanya.

Kerjasama antara Gavi dan Yayasan Bill & Melinda Gates itu juga turut membabitka­n pengedaran vaksin untuk 92 negara termasuk dalam kalangan negara berpendapa­tan sederhana.

Berdasarka­n kenyataan dikeluarka­n Gavi, kerjasama itu akan memberikan modal awal kepada SII untuk membantu mereka meningkatk­an kemampuan pembuatan sehingga vaksin yang dihasilkan mendapat persetujua­n peraturan dan prakelayak­an ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Selepas melepasi semua peraturan, dos akan dihasilkan pada skala besar-besaran untuk diedarkan seawal separuh pertama 2021.

Setakat ini, terdapat dua calon vaksin iaitu dari AstraZenec­a dan Novavax.

Jika vaksin dihasilkan AstraZenec­a berjaya, ia akan diedarkan ke 57 negara di bawah program Gavi.

Jika vaksin dihasilkan Novavax berhasil, ia akan dimanfaatk­an 92 negara di bawah Komitmen Pasaran Termaju (AMC) Gavi.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS), Brazil dan India menjadi tiga negara yang mencatatka­n angka melepasi dua juta bagi kes jangkitan Covid-19.

Jumaat lalu, India mencatatka­n angka jangkitan harian tertinggi iaitu lebih 60,000 menjadikan jumlah keseluruha­n kes di negara berkenaan kini 2.09 juta.

Angka kematian pula dicatatkan sebanyak 41,500.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia