Harian Metro

LIGAT BISNES, LIGAT MENYANYI

Minat Wani terhadap seni suara tidak pernah pudar walaupun sibuk berniaga

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@ hmetro.com.my

Meskipun kerjaya nyanyianny­a masih mendapat tempat di hati peminat, penyanyi Wani Syaz, 22, tetap ligat berniaga.

Apatah lagi, dia bersama keluargany­a mengusahak­an perniagaan restoran dikenali sebagai Beezer Box di Batu Pahat, Johor.

Wani berkata membantu keluarga berniaga makanan pun sudah sebati dengan dirinya sejak kecil selain aktif menggilap bakat nyanyian.

“Saya memang suka berniaga, meskipun dugaannya perlu sabar menghadapi ragam pelanggan dan persaingan.

“Pada saya, itulah adat berniaga dan kena sentiasa yakin dengan rezeki ditetapkan Allah buat kita.

“Ditambah pula keluarga saya pun sudah lama berniaga di Batu Pahat ini dan sambutan daripada pelanggan kami sangat baik,” katanya.

Kata pemilik nama sebenar Nursyazwan­i Selamat ini, akibat penularan pandemik Covid-19 pada Mac lalu, perniagaan­nya turut terjejas.

“Bagaimanap­un, saya tak mudah patah semangat. Bagi saya, pasti ada jalan terbaik untuk pertahanka­n perniagaan.

“Malah, sebenarnya dalam berniaga ini kena kreatif termasuk sentiasa berusaha menambah baik perkhidmat­an disediakan.

“Jadi, saya ambil pendekatan menukar corak perniagaan dengan mula menerima tempahan makanan secara dalam talian,” katanya.

Mengakui minat nyanyian tidak pernah pudar walaupun sibuk berniaga, anak bongsu dalam keluarga ini berkata dia juga bersyukur lagunya diterima baik pendengar.

“Alhamdulil­ah, saya berterima kasih dengan sokongan yang diberikan pendengar dan peminat terhadap kerjaya nyanyian saya.

“Walaupun kurang terkait cerita sensasi, setidak-tidaknya setakat ini lagu saya mendapat peluang diterima baik peminat,” katanya.

Hingga kini, tak dinafikan Wani cukup dikenali dengan lagu seperti Pendusta Cinta, Gemala, Alhamdulil­lah dan Lepaskan.

Malah, yang pasti nyanyian Wani lebih menyerlah secara duet dan dia pernah berganding dengan penyanyi seperti Juzzthin. dan W.A.R.I.S.

Bahkan, Wani juga pernah menyahut cabaran menyertai pertanding­an nyanyian Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) pada 2018 lalu.

Saya ambil pendekatan menukar corak perniagaan dengan mula menerima tempahan makanan secara dalam talian

WANI

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia