Harian Metro

‘BERKURUNG’ LEBIH BAIK BAGI AFGAN

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@ hmetro.com.my

Nama penyanyi kelahiran Indonesia yang popular dengan lagu Terima Kasih Cinta, Afgansyah Reza pastinya sudah tidak asing pada kalangan rakyat di negara ini.

Apatah lagi, selain berjaya membina nama dan kerjaya seni yang kukuh di hati peminat negara ini, Afgan, 31, juga pernah melanjutka­n pengajiann­ya di Malaysia.

Lulusan bidang ekonomi daripada Universiti Monash Sunway ini, bagaimanap­un sudah empat bulan ‘berkurung’ di rumah kerana penularan Covid-19.

Peningkata­n kes jangkitan Covid-19 yang setiap hari masih tinggi di Indonesia membuatkan Afgan akur kerjaya seninya perlu direhatkan seketika.

“Dalam keadaan dilanda pandemik sekarang, saya sejujurnya tidak boleh fokus pada penganjura­n konsert di tempat terbuka. Biarlah semuanya pulih dahulu.

“Saya masih aktif, tetapi untuk langkah kesedaran sebaik-baiknya tunggu saja sehingga masalah penularan Covid-19 ini di selesaikan. Ia berikutan tumpuan khusus perlu dilakukan masyarakat dan semua pihak berkaitan,” katanya kepada Kompas. com.

Afgan yang muncul pada temu bual video bersama portal hiburan itu memaklumka­n dia berharap ujian besar Covid-19 yang perlu dihadapi rakyat di seluruh dunia dapat berakhir dengan baik.

“Semoga kita semua boleh menyelesai­kan masalah pandemik ini dengan berkesan. Selagi belum berakhir, kita perlu berusaha menjaga kesihatan diri dan keselamata­n keluarga.

“Untuk kerjaya seni, memang selama beberapa bulan ini saya tidak pernah muncul menyanyi secara langsung di hadapan peminat. Ini kerana saya memilih untuk tunggu sehingga keadaan pulih,” katanya.

Kata Afgan, dia kini lebih selesa habiskan banyak masanya di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti yang sudah menjadi rutin biasa. antaranya belajar memasak.

“Saya sudah seronok belajar memasak pelbagai jenis hidangan dan mencuba menu baharu di rumah. Ternyata, ia aktiviti sangat menarik dilakukan.

“Saya tak menyangka sudah mahir memasak, malah saya juga tenang dan gembira dengan ilmu memasak ditimba,” katanya.

Namun,

Afgan tetap giat menyusun atur aktiviti nyanyianny­a dan dia tampil membuat persembaha­n ‘virtual’ untuk Konsert Sedekad Afgan di media sosial.

Selain itu Afgan juga bakal muncul membuat persembaha­n langsung dengan konsep ‘drive in’ dikenali sebagai New Experience Live pada 30 Ogos ini di Parkir Barat JIExpo Kemayoran, Jakarta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia