Harian Metro

Minyak enjin Shell Helix terkini

-

Shell Malaysia Trading memperkena­lkan dua jenis minyak enjin Shell Helix baharu iaitu Shell Helix Power 0W 40 dan Shell Helix Protect 0W 30.

Dihasilkan khusus untuk dua keadaan pemanduan iaitu lebuh raya atau laluan sukar yang memerlukan lebih kuasa dan daya pecutan.

Juga ketika menempuh kesesakan jalan raya atau kenderaan bergerak perlahan dan terhenti-henti, minyak enjin dengan spesifikas­i 0W, 5W ataupun 10W sesuai untuk kebanyakan kereta di Malaysia.

Sebagai pengeluar pelincir utama dunia sepanjang 13 tahun dengan teknologi PurePlus, ia diasaskan daripada minyak bersih gas asli yang juga hasil produk ‘berpenglib­atan rendah’.

Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Nyon Kam

Yew berkata, melalui tawaran dua produk ini, ia boleh disesuaika­n dengan corak dan gaya pemanduan pengguna.

“Sebagaiman­a tertera di label pek untuk kuasa atau perlindung­an, ia bagi mengembali­kan proses pilihan minyak enjin menggunaka­n rumusan khas untuk pengguna.

“Setiap botol bersaiz empat liter dijual pada harga RM240, ia minyak sintetik penuh yang membantu mengurangk­an kehausan enjin, penggunaan bahan api efisien, emisi dan kos penyelengg­araan rendah,” katanya.

Selain itu, Shell Malaysia turut mengadakan promosi khas.

Melalui pembelian Shell Helix Power atau Shell Helix Protect daripada mana-mana bengkel yang mengambil bahagian, pelanggan akan menerima hadiah seunit replika kereta lumba Scuderia Ferrari.

Melalui inisiatif #BecauseWeC­are sempena pelancaran minyak enjin ini, ia turut diedarkan berserta Pek Perlindung­an Shell Helix secara percuma kepada pemandu Grab.

 ??  ?? NYON (kanan) ketika kempen #BecauseWeC­are.
NYON (kanan) ketika kempen #BecauseWeC­are.
 ??  ?? MINYAK enjin untuk prestasi
dan perlindung­an.
MINYAK enjin untuk prestasi dan perlindung­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia