Harian Metro

REHAT MINDA DI PULAU BINTAN

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Dekat tapi jauh. Itu perumpamaa­n pada pandangan penulis sesuai menggambar­kan tarikan satu gugusan pulau di Kepulauan Riau, Indonesia iaitu Pulau Bintan dengan pelancong Malaysia.

Meskipun kedudukan pulau itu dianggarka­n berjarak hanya kira-kira 86 kilometer dari Johor Bahru, Johor destinasi berkenaan cukup asing bagi penulis sendiri yang hanya berkesempa­tan melawatnya kira-kira dua tahun lalu.

Sebenarnya kunjungan penulis menyertai pengembara­an kapal mewah menjadikan

Pulau Bintan sebagai destinasi persinggah­an dan perkongsia­n dalam siri

Jalan-Jalan kali ini lebih kepada perkongsia­n peribadi mengenai perjalanan menarik boleh dilakukan.

Sebenarnya selain mengikuti pakej pelayaran mewah, ada pilihan lain baik udara mahupun air untuk sampai ke pulau itu.

Penulis sempat bertemu dengan seorang warga Malaysia yang bekerja di sebuah resort di sana. Mesra dengan panggilan Shamsul, dia berkongsi mengenai perjalanan­nya sekurangku­rangnya dua kali sebulan menaiki feri dari pulau terbabit ke Johor Bahru.

“Saya sudah lima tahun berkhidmat sebagai cef pastri di hotel empat bintang di sini selepas bekerja dengan resort di Langkawi lebih 10 tahun.

“Meskipun pulau ini dalam Republik Indonesia, gaji diberikan mengikut kadar tenaga profesiona­l di Singapura, membuatkan pendapatan bulanan saya dua kali ganda berbanding di Malaysia.

“Cabaran ialah terpaksa berjauhan dengan keluarga. Jadi saya berulang-alik menggunaka­n feri dari Johor Bahru ke Bintan dengan tempoh perjalanan lebih dua jam dan kadangkala berlarutan sehingga tiga jam bergantung kepada cuaca serta keadaan kapal.

“Sebenarnya ramai juga rakyat Malaysia selain Indonesia mencari peluang di sini. Destinasi ini cuma popular dalam kalangan pelancong Singapura dan luar negara. Pelancong dari Malaysia yang datang mungkin dari sebelah iaitu Johor atau Melaka,’ katanya.

Penulis kali ini ditemani dua rakan pengamal media tempatan yang turut berpeluang menjelajah antara resort yang terkemuka iaitu Treasure Bay Bintan.

Mujurlah waktu itu bukan musim percutian buat warga Singapura, boleh dikatakan suasana lengang dan cukup menenangka­n ketika berada di pusat percutian bertemakan air berkeluasa­n 338 hektar itu.

Terdapat kolam rekreasi seluas mata memandang turut dikenali dengan

‘lagun kristal’. Ia dilihat memfokuska­n kepada pelbagai aktiviti rekreasi air daripada berenang sehinggala­h lebih ekstrem seperti berkayak atau menunggang jet air.

Hajat memanglah ingin berendam, tetapi memikirkan tempoh kunjungan ke resort terbabit agak singkat, penulis dan rakan memilih aktiviti tidak basah seperti ATV , menaiki cruise dan juga buggy mengelilin­gi sekitar resort.

Selepas penat menjelajah sekitar lokasi peranginan itu, kami disajikan hidangan tengah hari iaitu burger istimewa menerusi kepingan daging segar bersama potongan nanas.

Dalam keseronoka­n lawatan kali ini, sedikit terkilan apabila tidak berkesempa­tan berkayak di laluan paya. Difahamkan aktiviti rekreasi itu dapat memberi peluang pengunjung melihat secara dekat ekosistem atau muka bumi pulau terbabit termasuk spesies hidupan liar yang ada.

Pelancong perlu lebih berhati-hati menyusuri setiap pokok bakau kerana dikhuatiri ada ular berbisa yang menjalar di kawasan berkenaan.

Sementara itu, perihal penduduk pulau itu difahamkan dua etnik majoritiny­a ialah Melayu dan Tionghoa.

Uniknya mengenai masyarakat Melayu Riau ini, meskipun mampu bertutur dalam bahasa Indonesia, tapi apabila bertutur bahasa Melayu Riau kedengaran sama seperti dialek Melayu

Johor.

Boleh dilihat juga persamaan dari segi budaya disebabkan datang dari rumpun yang sama terutama menerusi pakaian tradisi iaitu kebaya labuh untuk perempuan manakala baju teluk belanga untuk lelaki.

Kedua-duanya sering dipakai penduduk tempatan dalam majlis rasmi. Selain dua baju berkenaan ada pakaian tradisi lain seperti baju telepuk dan gunting cina.

Fakta menarik mengenai ‘lagun kristal’ di Treasure Bay Bintan

Berkeluasa­n 6.3 hektar dan menampung kapasiti air kira-kira 115,060,000 liter

Jarak dari hujung ke hujung 800 meter menyamai 50 kolam renang saiz Olimpik

2.5 meter dalam dan mempunyai peringkat kedalaman berbeza.

 ??  ??
 ??  ?? PELBAGAI aktiviti menarik terutama rekreasi air boleh dicuba pengunjung.
PELBAGAI aktiviti menarik terutama rekreasi air boleh dicuba pengunjung.
 ??  ?? LAGUN kristal tarikan utama di Treasure Bay Bintan.
LAGUN kristal tarikan utama di Treasure Bay Bintan.
 ??  ?? SUASANA sekitar pulau. Anda ada cerita perjalanan atau percutian yang hendak dikongsika­n dengan pembaca Metro Ahad? Apa tunggu lagi,
kirimkan cerita menarik anda kepada kami di rencana@hmetro.com.my atau hartini@hmetro.com.my
SUASANA sekitar pulau. Anda ada cerita perjalanan atau percutian yang hendak dikongsika­n dengan pembaca Metro Ahad? Apa tunggu lagi, kirimkan cerita menarik anda kepada kami di rencana@hmetro.com.my atau hartini@hmetro.com.my
 ??  ?? KONSEP resort seakan-akan ‘glamping’ memberi suasana
lebih santai.
KONSEP resort seakan-akan ‘glamping’ memberi suasana lebih santai.
 ??  ??
 ??  ?? AKTIVITI kayak di kawasan berpaya antara aktiviti mesti dilakukan pengunjung ke Pulau Bintan.
AKTIVITI kayak di kawasan berpaya antara aktiviti mesti dilakukan pengunjung ke Pulau Bintan.
 ??  ??
 ??  ?? PENULIS (tengah) bersama rakan
media yang berkesempa­tan singgah di Pulau
Bintan.
PENULIS (tengah) bersama rakan media yang berkesempa­tan singgah di Pulau Bintan.
 ??  ?? TANJUNG Pinang antara bandar utama atau pusat perniagaan.
TANJUNG Pinang antara bandar utama atau pusat perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia