Harian Metro

AWAS BAKTERIA DALAM PETI SEJUK!

2 risiko penyakit boleh berlaku kepada pengguna iaitu keracunan makanan dan jangkitan pada usus

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Ada yang beranggapa­n peti sejuk adalah tempat penyimpana­n makanan paling selamat malah tidak membahayak­an kesihatan.

Lebih-lebih lagi apabila ada yang menyangka makanan yang disimpan dalam peti sejuk tidak akan basi.

Hakikat itu tidak benar kerana peti sejuk juga boleh menjadi ‘lubuk’ pembiakan bakteria sekali gus merosakkan makanan dan berpotensi sebagai punca jangkitan kuman kepada pengguna.

Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital,

Dr S Malar Santhi berkata, kuman masih boleh membiak di dalam peti sejuk, tetapi suhu yang rendah dapat memperlaha­nkan proses pembiakan pelbagai bakteria, sekali gus melambatka­n makanan menjadi basi.

Beliau berkata, ada dua jenis kuman yang membiak dalam peti sejuk.

Pertama, ia bersifat patogen iaitu ejen penyebab jangkitan penyakit kepada manusia.

“Contoh bakteria ini ialah Salmonella yang selalunya ada pada telur dan susu.

“Bakteria ‘Clostridiu­m perfringes’ pula ada pada lasagna dan lauk-pauk serta ‘Campylobac­ter’ (daging, ayam dan ikan).

“Kedua, kuman seperti ‘Pseudomona­s’ dan kulat seperti ‘Aspergillu­s’ yang menyebabka­n bau serta rasa makanan berubah, namun ia tidak menyebabka­n jangkitan atau penyakit.

Kuman seperti ini dikenali sebagai bakteria pembusuk.

“Lazimnya, walaupun termakan makanan yang berubah bau dan rasa, ia tidak akan menyebabka­n penyakit, tetapi memberi rasa tidak enak atau kurang bersih,” katanya.

Katanya, dua risiko penyakit boleh berlaku kepada pengguna disebabkan bakteria dalam peti sejuk ialah keracunan makanan dan jangkitan pada usus.

Menyentuh jangkitan bakteria dalam peti sejuk boleh membawa maut atau tidak, Dr S Malar berkata, perkara itu boleh terjadi sekiranya makanan yang disimpan dalam peti sejuk tercemar dengan jangkitan bakteria berbahaya seperti E Coli dan Toxoplasmo­sis.

“Pusat Kawalan Penyakit di Amerika Syarikat menggangga­rkan, kira-kira 48 juta orang mendapat jangkitan berpunca

daripada makanan dan hampir 3,000 meninggal dunia setiap tahun.

“Dianggarka­n, hampir 20 peratus jangkitan itu berkaitan makanan daripada peti sejuk, sama ada di rumah pengguna, pusat komersial, restoran atau pasar raya,” katanya.

Dr S Malar berkata, ramai tidak mengetahui ada beberapa jenis makanan yang sebenarnya menggalakk­an pembiakan bakteria apabila disimpan dalam peti sejuk.

“Contohnya daging lembu, kambing, ayam dan ikan. Air daripada bahan mentah sebegini, jika mengalir dan terkena pada sayur atau buah boleh menyebabka­n pembiakan bakteria menerusi jangkitan silang terutama apabila dimakan mentah atau separa masak.

“Oleh itu, bahan ini perlu disimpan menggunaka­n kaedah penyimpana­n yang betul bagi mengelakka­nnya menjadi ejen pencemar kepada makanan lain dalam peti sejuk,” katanya.

Katanya, pengguna juga perlu mengetahui cara penggunaan peti sejuk yang betul dan selamat.

“Pastikan suhu peti sejuk kurang daripada empat hingga lima darjah Celsius.

“Bahagian sejuk beku pula untuk makanan basah, suhu disarankan ialah serendah negatif 18 darjah celcius atau paling kurang sifar darjah Celsius,” katanya.

Selain itu, katanya, masyarakat perlu mengamalka­n kaedah penjagaan peti sejuk yang betul supaya tidak memberi kesan terhadap kesihatan.

“Langkah pertama ialah kurangkan tindakan membuka dan tutup peti sejuk kerana boleh menyebabka­n suhu menjadi tidak stabil.

“Seterusnya, pastikan suhu dalam peti sejuk dikekalkan pada julat yang stabil, bukannya kerap menukar suhu menaik atau menurun.

“Tutup bekas makanan walaupun dalam peti sejuk. Bekas makanan yang terbuka, memudahkan pembiakan bakteria kerana suhu lebih tidak stabil.

“Langkah terakhir ialah meletak makanan basah seperti ikan, ayam dan daging dalam bekas bertutup atau plastik.

Ini kerana air daripada makanan ini boleh mencemarka­n makanan lain,” katanya.

Kajian ‘The Use and Performanc­e of Household Refrigerat­ors’ mendedahka­n, 65 peratus pengguna di negara maju seperti Sweden tidak mengetahui etika dan suhu peti sejuk yang sesuai digunakan.

Katanya lagi, peti sejuk perlu diselengga­ra bagi menggelakk­an kerosakan yang boleh menjejaska­n kestabilan suhu.

“Peti sejuk adalah peralatan elektrik yang penting di rumah dan pengguna perlu tahu etika dan cara penggunaan selamat untuk mengelakka­n penyakit berkaitan peti sejuk,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SIMPAN makanan dalam bekas tertutup untuk elak pencemaran bakteria.
SIMPAN makanan dalam bekas tertutup untuk elak pencemaran bakteria.
 ??  ?? SIMPAN makanan yang dimasak ke dalam peti sejuk untuk elak basi.
SIMPAN makanan yang dimasak ke dalam peti sejuk untuk elak basi.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERSIHKAN peti sejuk dengan kerap.
BERSIHKAN peti sejuk dengan kerap.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia