Harian Metro

CARA BETUL PAKAI PELITUP MUKA

Kurangkan percikan cecair pernafasan dengan menutup bahagian mulut dan hidung

-

Selain pemakaian pelitup muka tiga lapis, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menggalakk­an individu sihat memakai pelitup muka fabrik.

Sebaik-baiknya memilih pelitup muka yang dibuat menggunaka­n fabrik kalis air di bahagian luar, penapis (di tengah) dan fabrik serap air (di dalam).

Kajian menunjukka­n keupayaan pelitup muka fabrik untuk menghalang virus berbeza berdasarka­n jenis fabrik.

Bukti keberkesan­an pelitup muka fabrik

Saranan pemakaian pelitup muka dapat membantu menghalang cecair pernafasan orang dijangkiti virus Covid-19 daripada tersebar ke udara dan orang sekeliling ketika batuk, bersin, bercakap serta meninggika­n suara.

Hasil kajian klinikal dan makmal membuktika­n penggunaan pelitup muka dapat mengurangk­an percikan cecair pernafasan dengan menutup bahagian mulut dan hidung menggunaka­n pelitup muka.

Virus Covid-19 boleh merebak kepada individu lain pada jarak kedudukan sangat rapat iaitu kurang daripada 1.8 meter.

Oleh itu, penggunaan pelitup muka fabrik adalah sangat penting apabila berada dalam keadaan sesak dan tidak dapat melakukan penjarakan fizikal.

Individu sesuai memakai pelitup muka fabrik

Individu berusia dua tahun ke atas boleh memakai pelitup muka fabrik apabila berada di tempat awam dan ketika bertemu orang lain yang tidak tinggal serumah, terutama jika tiada penjarakan fizikal.

Covid-19 boleh tersebar daripada individu tak bergejala dan individu yang tidak mengetahui mereka dijangkiti.

Terdapat dua golongan yang tidak sesuai memakai pelitup muka fabrik, sebaliknya perlu menggunaka­n pelitup muka pakai buang tiga lapis:

i. Individu yang berkemungk­inan dijangkiti Covid-19

ii. Jika anda berkemungk­inan dijangkiti (dalam tempoh

kuarantin), jangan ke tempat awam

iii. Individu yang menjaga pesakit Covid-19

Individu tidak dibenarkan memakai pelitup muka fabrik?

i. Kanak-kanak berusia kurang dua tahun

ii. Individu mempunyai masalah pernafasan

iii. Individu tak sedarkan diri dan tidak upaya membuang sendiri

iv. Pelitup muka tanpa bantuan

Penyesuaia­n memakai pelitup muka

Pelitup muka fabrik mungkin tidak sesuai dipakai oleh semua orang pada setiap masa. Ini kerana dalam keadaan tertentu, pemakaian pelitup muka fabrik boleh menyebabka­n masalah pernafasan, ketidaksel­esaan dan sebagainya.

Antara contoh penyesuaia­n yang boleh dilakukan i. Pelajar Berkemungk­inan menghadapi masalah memakai pelitup muka dalam tempoh yang panjang semasa di sekolah.

Ibu bapa perlu memastikan anak mereka memakai pelitup muka mengikut saiz bersesuaia­n. ii. Berenang

Aktiviti berenang menyebabka­n pelitup muka fabrik basah yang boleh menyukarka­n pernafasan. iii. Bersukan Pemakaian pelitup muka semasa berjoging boleh menyebabka­n kesukaran bernafas.

Pelitup muka pakai buang tiga lapis

WHO mewajibkan pemakaian pelitup muka pakai buang tiga lapis kepada individu yang berkemungk­inan mempunyai gejala Covid-19 dan golongan berisiko seperti:

i. Umur lebih 60 tahun ii. Pesakit kencing manis

iii.Pesakit paru-paru kronik iv.Pesakit barah v. Pesakit angin ahmar vi.Pesakit berimuniti rendah seperti HIV dan menjalani rawatan kemoterapi

Amalan berbahaya memakai pelitup muka pakai buang tiga lapis

Antara amalan yang dipraktikk­an sebilangan masyarakat sebenarnya amat berbahaya kerana pelitup muka yang dipakai adalah kotor dan berkemungk­inan dicemari virus Covid-19.

i.Memakai pelitup muka pakai buang berhari-hari sehingga rosak atau koyak

ii. Mengutip pelitup muka yang dibuang untuk dijual atau dipakai sendiri

iii.Berkongsi pelitup muka

Pelitup muka pakai buang tiga lapis boleh dipakai sehingga lapan jam atau sepanjang waktu bekerja atau bersekolah.

Ia tidak boleh dibasuh atau dipakai semula walaupun keadaannya masih elok. Pengguna dinasihatk­an memutuskan satu tali pengikat sekiranya hendak membuang pelitup muka.

Ini untuk memastikan pelitup muka yang dibuang tidak diguna semula atau dijual oleh pihak tak bertanggun­gjawab.

Disediakan oleh:

Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed dan Dr Wan Shahida Wan Sulaiman

Pakar Mikrobiolo­gi Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia.

 ??  ?? PELITUP muka pakai buang tiga lapis boleh dipakai sehingga lapan jam atau sepanjang waktu bekerja atau bersekolah.
PELITUP muka pakai buang tiga lapis boleh dipakai sehingga lapan jam atau sepanjang waktu bekerja atau bersekolah.
 ??  ?? PILIH pelitup muka fabrik jenis fabrik kalis air di bahagian luar, penapis (di tengah) dan fabrik serap air (di dalam).
PILIH pelitup muka fabrik jenis fabrik kalis air di bahagian luar, penapis (di tengah) dan fabrik serap air (di dalam).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia