Harian Metro

Produk makanan tak boleh buat tuntutan kesihatan

-

Menurut Akta Makanan 1983, makanan adalah sebarang bahan yang dikilangka­n, dijual atau diberi gambaran untuk digunakan sebagai makanan atau minuman.

Apabila sesuatu produk dikelaskan sebagai makanan, ia tidak boleh membuat sebarang tuntutan atau akuan perubatan termasuk pencegahan, rawatan atau penyembuha­n sesuatu penyakit atau keadaan fisiologi yang lain.

Bahagian Penguatkua­saan Farmasi diberi tanggungja­wab untuk menguatkua­sakan Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan peraturann­ya serta Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.

Produk yang dikelaskan sebagai makanan pula adalah di bawah bidang kuasa Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan yang menguatkua­sakan Akta Makanan 1983.

Banyak produk bukan ubat dalam pasaran yang membuat tuntutan kesihatan terhadap penggunaan produk berkenaan.

Ini termasuk membuat tuntutan mencegah atau merawat penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Terdapat juga iklan produk untuk tujuan rawatan dan pencegahan barah, asma, angin pasang, lumpuh, ketagihan dadah, penyakit mata, mandul, penggugura­n janin serta peningkata­n seksual manusia.

Penyakit dinyatakan ini antara 20 penyakit yang dilarang diiklankan kepada orang awam.

Oleh itu, sekiranya pengguna terjumpa iklan seperti ini terutama di Internet, iklan berkenaan adalah iklan yang tidak mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam aspek pengiklana­n, iklan produk farmaseuti­kal perlu mendapatka­n kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat terlebih dahulu sebelum boleh disiarkan kepada orang awam.

Produk makanan tidak perlu melalui proses kelulusan iklan. Bagaimanap­un, iklan produk makanan tidak boleh membuat akuan mengenai kegunaan dalam pencegahan, penguranga­n, perawatan atau penyembuha­n penyakit, gangguan atau keadaan fisiologi badan.

Produk makanan hanya dibenarkan membuat akuan fungsi nutrien seperti kalsium untuk membantu dalam perkembang­an tulang dan gigi yang kuat. Bukannya produk itu boleh mencegah osteoporos­is. Akuan pencegahan osteoporos­is adalah tidak dibenarkan.

Produk dikelaskan sebagai ubat atau produk farmaseuti­kal perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM.

Produk ini perlu menjalani penilaian oleh PBKD, KKM untuk memastikan agar ia selamat dan berkualiti untuk digunakan.

Selepas didaftarka­n, sesuatu produk akan diberikan nombor pendaftara­n yang dimulai dengan MAL dan diikuti lapan digit serta diakhiri dengan huruf yang menunjukka­n kategori pendaftara­n produk berkenaan iaitu:

A. Ubat terkawal seperti antibiotik dan darah tinggi

X. Ubat am seperti paracetamo­l dan aspirin

T. Ubat tradisiona­l seperti jamu, minyak urut dan minyak gamat

N. Ubat suplemen kesihatan seperti minyak ikan kod, multivitam­in dan glukosamin­a

Produk farmaseuti­kal berdaftar yang diiklankan pula perlu mendapatka­n kelulusan iklan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU) dan KKM.

Ini bagi memastikan fakta atau tuntutan perubatan yang digunakan dalam iklan berkenaan diakui sahih, benar dan bukannya direka demi melariskan sesuatu ubat.

Iklan yang mempunyai kelulusan

LIU akan diberikan dengan nombor KKLIU dan seharusnya dipaparkan pada iklan disiarkan (contoh: KKLIU 1234/2019).

Sebarang aduan boleh disalurkan melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab. gov.my atau mana-mana Cawangan Penguatkua­sa Farmasi berhampira­n.

Pertanyaan juga boleh dibuat di talian bebas tol Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan 1-800-886722, setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang (kecuali cuti umum).

Disediakan oleh: Normawati Mohamed Noor

Ketua Penolong Pengarah Kanan UF54

Cawangan Kawalan Iklan Bahagian Penguatkua­saan Farmasi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia