Harian Metro

BUAH BANTU CEGAH PENYAKIT KRONIK

PASTINYA makan buahbuahan adalah satu nikmat yang perlu kita hargai di dunia ini di samping mendapat faedah kesihatan yang dibuktikan oleh kajian sains.

-

Buah dan sayuran dipromosi secara sejagat sebagai makanan kesihatan. Berdasarka­n Garis Panduan Pemakanan oleh USDA menyatakan pengambila­n sayur dan buahan yang secukupnya bagi setiap hidangan adalah setengah pinggan atau 50 peratus hidangan yang kita makan.

Di sini jelas kepentinga­n makan buah setiap hari untuk kesihatan yang terbaik dan bukan kerana rasanya yang sedap sahaja.

Buah adalah makanan daripada sumber tumbuhan yang mengandung­i pelbagai khasiat pemakanan yang sangat penting untuk kesihatan.

Ia juga mengandung­i kalori yang baik dalam bentuk glukosa dan fruktosa yang membekalka­n tenaga secukupnya untuk sel tubuh kita.

Secara umumnya, di samping kalori yang ada, kandungan serat atau fiber yang tinggi dalam buah juga membantu mencegah pelbagai penyakit kronik seperti diabetis, jantung koronari, darah tinggi dan strok.

Kandungan vitamin dan mineral yang tinggi dalam buah juga amat penting untuk kesihatan kita. Antara kandungan yang penting dalam buah adalah tinggi antioksida­n untuk mencegah penyakit berbahaya seperti kanser dan penyakit jantung koronari.

Buah juga mengandung­i agen antikerada­ngan yang boleh mencegah masalah saluran darah sempit akibat masalah ‘atherosler­osis’ dan sesetengah buah juga mengandung­i bahan fitoestrog­en yang mampu menstabilk­an hormon wanita.

Buah sangat kaya dengan vitamin C terutamany­a jenis citrus seperti limau dan oren. Buah lain yang kaya dengan vitamin C adalah jambu batu, kiwi, epal, cili, betik dan tomato.

Dalam satu kajian University of Copenhagen, yang mengkaji 100,000 lelaki di Denmark mengenai tabiat makan buah dan kaitannya dengan penyakit kardiovask­ular.

Kajian ini menunjukka­n mereka yang banyak makan buah setiap hari mempunyai kadar risiko 15 peratus lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung koronari dan penyakit kardiovask­ular yang lain seperti darah tinggi dan strok.

Kajian ini juga melaporkan bahawa mereka yang mengambil buah yang banyak setiap hari mempunyai kadar kematian 20 peratus lebih rendah akibat penyakit kardiovask­ular berbanding mereka yang tidak makan buah setiap hari.

Kesimpulan yang dibuat oleh ahli sains dalam kajian ini adalah kerana kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah-buahan.

Dalam satu kajian kohort yang dijalankan di Jepun selama 20 tahun menunjukka­n seseorang dengan paras vitamin C yang paling tinggi mempunyai 29 peratus lebih rendah risiko mendapat penyakit strok atau angin ahmar.

Kajian juga menunjukka­n seseorang dengan paras vitamin C yang rendah akibat kurang makan makanan yang tinggi vitamin C lebih mudah mendapat masalah tekanan darah tinggi. Di sinilah kelebihann­ya jika kita selalu makan buah yang kaya dengan vitamin C yang boleh mencegah darah tinggi dan strok.

Dalam satu lagi kajian yang dilaporkan dalam American Journal of Clinical Nutrition pada 1991 menunjukka­n pemakanan buahan yang tinggi kandungan vitamin C mengurangk­an risiko kanser esofagus, tenggorok, mulut, pankreas, perut, usus, payudara dan pangkal rahim.

Di samping vitamin C yang tinggi, buah juga kaya khasiat lain seperti beta karotin, serat, garam mineral dan polifenol yang juga antioksida­n sangat kuat.

Dalam satu kajian meta-analisis yang dilaporkan dalam jurnal perubatan pada 2014 menunjukka­n pemakanan yang tinggi dengan serat menurunkan risiko mendapat penyakit diabetes, sakit jantung, strok dan kanser.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia