Harian Metro

LI CURI TUMPUAN

Ketepi nama besar apabila dahului hari kedua Kejohanan PGA

-

Pemain nombor satu China, Li Haotong mengetepik­an nama besar apabila mendahului hari kedua Kejohanan PGA dengan juara bertahan dua kali, Brooks Koepka mengekori rapat di belakangny­a.

Li yang berusaha untuk muncul pemain China pertama memenangi kejohanan utama, tidak mencatat bogey untuk melakukan par 65 sekali gus mendahului dua pukulan di kejohanan itu yang kali pertama dianjurkan selepas pasca pandemik Covid-19.

Li mencatat keseluruha­n lapan bawah par 132 sekali gus menyaksika­nnya muncul pemain China pertama mendahului saingan di kejohanan utama.

Koepka meneruskan pemburuan melakar kemenangan hatrik apabila mencatat par 68 untuk berkongsi kedudukan kedua dengan lima pemain lain pada saingan yang berlangsun­g di TPC Harding Park di San Francisco.

Mereka adalah pendahulu bersama pusingan pertama, Jason Day, Tommy Fleetwood, Daniel Berger, Justin Rose dan Mike Lorenzo-Vera kesemuanya terikat enam bawah par 134, ketinggala­n dua pukulan berbanding Li.

“Sejak beberapa hari lalu saya dapat melakukan pukulan dengan baik. Malah jika saya terlepas green, saya masih dapat meraih keputusan yang baik,” katanya. Li menjadi pemain kedua Asia beraksi di kejohanan utama menyertai pemain Korea Selatan, Yang

Yong-eun yang pernah memenangi Kejohanan PGA pada 2009.

Pada 2012, Feng Shanshan melakar sejarah muncul pemain pertama China memenangi kejohanan utama selepas dia mendominas­i Kejohanan PGA wanita.

Ditanya apakah yang diperlukan­nya untuk muncul pemain pertama China memenangi Kejohanan PGA bagi acara lelaki, Li berkata dia perlu melakukan pukulan dengan sempurna.

“Masih ada dua pusingan lagi dan saingan masih jauh. Saya hanya mahu beraksi pada tahap terbaik,” katanya.

“Masih ada dua pusingan lagi dan saingan masih jauh

Li Haotong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia