Harian Metro

Azzizan kongsi detik berguru dengan Diouf

-

Kuala Lumpur: Pengalaman menimba ilmu serta bermain dalam satu pasukan bersama bekas bintang Senegal dan kelab Liverpool, El-Hadji Diouf, kekal menjadi detik paling istimewa dalam karier pemain tengah Sabah, Azzizan Nordin.

Memasuki musim kedua bersama Sabah pada waktu berkenaan, Azzizan tidak menyangka dia berpeluang belajar banyak perkara di atas padang bersama Diouf yang serba sedikit memantapka­n permainann­ya selaku antara bintang Sabah paling menyinar pada waktu itu.

Biarpun karier Diouf menuju pengakhira­n ketika sertai Sabah, dia masih antara bintang import terbaik pernah disaksikan Azzizan sepanjang bermain skuad Tambadau yang hampir membantu mereka layak ke Liga Super pada musim 2015 namun dikecewaka­n keputusan kurang baik pada beberapa perlawanan terakhir liga.

“Semasa pengurusan mula-mula mahu membawa masuk Diouf, saya dan rakan ingat ia hanya main-main. Sehinggala­h pada satu hari dia turun latihan, kami terkejut seperti tidak percaya.

“Diouf cukup menakjubka­n dalam semua segi, teknik terima dan hantaran bola, cara dia menyimpan bola sememangny­a lain daripada lain serta berkelas dunia kerana kita tahu dia pernah beraksi di pentas Piala Dunia serta Liga Juara-juara.

“Saya diajar Diouf kalau bermain di bahagian tengah, pastikan saya kaji dahulu kedudukan posisi serta rakan sebelum menerima bola dan bukan selepas dapat bola, baharu melihat apa pilihan yang ada dan tips ini saya ingat sampai sekarang.

“Bukan sekadar saya, pemain muda Sabah waktu itu turut diajar sepenuhnya oleh Diouf yang sama sekali tidak lokek ilmu berkongsi dengan kami, ” katanya.

Diouf menjadi seorang pemain Best XI Azzizan di bahagian penyerang dengan Ali Ashfaq menjadi gandingan dengan Diouf dalam formasi 4-4-2.

Farizal Marlias terus jadi pilihan sebagai penjaga gol sementara di posisi pertahanan, Fandi Othman, Syahmi Safari, Shahrul Saad dan Shukor Adan menjadi pilihan Azzizan.

Di posisi tengah, kelibat pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin diikuti Baddrol Bakhtiar serta Shakir Shaari dan pemain import Sabah yang juga pemain kebangsaan Namibia, Petrus Shitembi melengkapk­an pilihan Azzizan.

 ??  ?? DIOUF bersama Azzizan (kanan) meraikan gol pertama Sabah ketika menentang DRB-Hicom dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pada 2015.
DIOUF bersama Azzizan (kanan) meraikan gol pertama Sabah ketika menentang DRB-Hicom dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia