Harian Metro

Indonesia penghalang terbesar, tapi usah pandang remeh England

- bersama Datuk Seri Jalani Sidek

Minggu lalu berlangsun­gnya proses undian untuk saingan Piala Thomas di Aarhus, Denmark Oktober depan dan seperti kita sedia maklum, skuad negara diundi bersama Belanda, England dan musuh tradisi, Indonesia dalam Kumpulan A.

Di atas kertas, sepatutnya skuad negara tidak berdepan masalah menamatkan saingan di kelompok dua teratas, sekali gus mara ke suku akhir.

Bagi saya, ia lebih manis sekiranya Malaysia menjuarai peringkat kumpulan, sekali gus dapat meningkatk­an keyakinan pemain apabila mara ke peringkat suku akhir.

Namun hajat itu bukanlah semudah yang disangka kerana Indonesia akan menjadi penghalang terbesar.

Dengan barisan pemain dimiliki negara jiran itu, jelas skuad negara bakal berdepan tugas cukup sukar.

Harus diingat dua tahun lalu di Bangkok, skuad negara gagal melepasi sasaran untuk mara ke separuh akhir selepas tewas 1-3 kepada Indonesia pada aksi suku akhir. Apapun bagi saya tiada yang mustahil.

Belum cuba belum tahu. Kita harus sentiasa meletakkan kepercayaa­n tinggi kepada pemain negara. Disamping itu, jangan pula memandang remeh cabaran daripada Belanda dan England.

Saya suka mengulas mengenai England yang mungkin menjadi pengacau. Tapi sepatutnya skuad negara tidak berdepan masalah untuk menewaskan mereka.

Saya juga mencabar setiap pemain untuk memenuhi sasaran BAM agar skuad Piala Thomas negara mampu mara sehingga ke separuh akhir.

Bagi skuad Piala Uber pula, saya mengharapk­an mereka dapat melakar kejutan dengan menduduki kelompok dua teratas peringkat kumpulan selepas diundi dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, Indonesia dan Australia. Ayuh buktikan bahawa Malaysia masih lagi kuasa dunia dalam acara berpasukan. Jumpa lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia