Harian Metro

Atlet perlu utama keselamata­n diri

-

Kuala Lumpur: Ketika keadaan masih belum menentu, jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim (gambar) meminta semua atlet di bawah bimbingann­ya menjaga keselamata­n diri masing-masing.

Menurut Poad, selain daripada latihan, atlet perlu mengutamak­an aspek keselamata­n diri terutama ketika berada di luar dan sentiasa berfikiran positif dan tabah menghadapi ujian Covid-19 yang berlaku ketika ini.

“Hingga hari ini belum ada sebarang makluman berhubung sebarang pertanding­an. Jadi saya mahu atlet terus kekal positif dan meneruskan latihan yang diberikan kepada mereka.

“Tiada apa yang boleh dilakukan selain menjalani latihan semata-mata namun itu saja yang boleh dilakukan demi keselamata­n semua atlet. Mereka perlu reda demi kebaikan diri masing-masing. Tapi saya harap tahun depan kami semua sudah boleh menyertai pertanding­an luar,” katanya.

Poad berkata, bagi mengelakka­n sebarang kecederaan setiap atlet dinasihatk­an mendapatka­n rehat yang cukup agar proses pemulihan dapat berjalan dengan sempurna.

Bagaimanap­un, Poad berharap akan ada perkhabara­n gembira buat anak didiknya terutama Haiqal Hanafi yang kini sedang berusaha memburu tiket ke temasya Olimpik Tokyo dalam masa terdekat ini.

Terdahulu Persekutua­n Olahraga Dunia (WA) mengumumka­n kelayakan trek dan balapan Sukan Olimpik Tokyo tahun depan ditangguhk­an sehingga 1 Disember berikutan pandemik Covid-19.

Justeru semua pertanding­an yang menawarkan mata kelayakan hanya akan bermula Disember ini dan tarikh akhir melayakkan diri adalah 30 Jun.

 ??  ?? HAIQAL Hanafi
HAIQAL Hanafi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia