Harian Metro

USAH PANDANG SEBELAH MATA

Luqman mahu buktikan bakat pemain Asia di Eropah

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Itu amaran penyerang baharu KV Kortrijk dari Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin yang bakal tampil di bumi Eropah dengan berbekalka­n semangat dan keazaman tinggi untuk mengharumk­an nama Malaysia. Kehadirann­ya di liga utama Belgium bukan hanya untuk merealisas­ikan impian beraksi di sana, malah pemain muda berbakat besar itu turut bertekad mengubah persepsi kelab Eropah mengenai kemampuan pemain dari Asia terutamany­a dari negara ini, lapor Firdaus Hashim

Penyerang baharu KV Kortrijk dari Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin bakal tampil di bumi Eropah dengan misi serampang dua mata.

Kehadirann­ya di liga utama Belgium bukan hanya merealisas­ikan impian beraksi di sana, malah pemain muda berbakat besar itu turut berazam mengubah pandangan Eropah mengenai kemampuan pemain dari Asia terutama Malaysia.

Jelas Luqman, bukan mudah buat pemain tempatan untuk memecah tembok kebal Eropah disebabkan pelbagai faktor khususnya perbezaan fizikal.

Katanya, dia sedia beraksi sepenuh jiwa demi membuktika­n kemampuann­ya setanding pemain Eropah.

“Bukan mudah nak bagi peluang dekat saya. Di sana caranya lain, pemainnya lain, tengok kita pun lain. Mereka (kelab Eropah) tengok (pemain) daripada Asia ini nak ke Eropah mesti tengok dan pandang budak macam kita ini (sebelah mata).

“Ia mencabar dan susah, tapi saya perlu atasi semuanya. Jadi saya pergi ke sana dan bermain dengan jiwa saya sendiri,” katanya.

Khamis lalu, Luqman melakar sejarah baharu dalam arena bola sepak negara apabila muncul pemain profesiona­l pertama dari Malaysia yang beraksi di liga utama Eropah.

Pada majlis menandatan­gani kontrak disaksikan pemilik KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan, Luqman ditawarkan kontrak lima musim dengan gaji dianggarka­n RM15,000-RM25,000 sebulan.

Dia yang digelar The Golden Boy berikutan tercalon dalam 80 bintang muda terbaik dunia dalam anugerah Golden Boy dijadualka­n berangkat ke Belgium Khamis depan dan menyertai latihan bersama pasukan utama.

“Saya nak buktikan pemain Asia ini bukan calang-calang. Saya nak buktikan kepada pemain Eropah bahawa pemain Asia ini penuh dengan pemain berbakat.

“Bukan saya seorang sahaja tetapi ramai lagi yang berbakat, tapi mungkin tak nampak dan saya beruntung kerana dilihat. Terima kasih kerana sebab nampak (bakat) saya.

“Sebenarnya bukan saya seorang sahaja bagus, pemain Malaysia di sini ramai lagi bagus mungkin lebih bagus daripada saya,” kata pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.

“Ia mencabar dan susah, tapi saya perlu atasi semuanya

Luqman Hakim

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia