Harian Metro

PANDELELA GILAP DARJAH TERJUNAN

Pandelela mahu fokus naikkan darjah terjunan, tingkat kecergasan

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Atlet terjun negara, Pandelela Rinong menimbang untuk tidak menyertai pertanding­an tempatan yang mungkin akan dianjurkan oleh Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum).

Kejohanan Terjun Kebangsaan itu dijangka berlangsun­g pada November depan, namun bagi pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio dalam acara 10m seirama itu, dia masih belum memutuskan sama ada untuk menyertain­ya atau tidak.

Ini kerana, bagi Pandelela ketika ini, fokus utama adalah menaikkan kembali darjah terjunan dan meningkatk­an tahap kecergasan untuk kembali normal seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mungkin ada pertanding­an tempatan tapi saya tak pasti sama ada akan sertai atau tidak sebab bagi saya ia tidak penting sangat.

“Ketika ini saya hanya mahu meneruskan latihan seperti biasa dan meningkatk­an tahap kecergasan serta melakukan terjunan yang sudah lama tidak dilakukan kerana pertanding­an yang penting semua akan berlangsun­g tahun depan,” katanya.

Bagi penerjun kelahiran Sarawak itu, apa yang penting ketika ini adalah untuk terus kekal fokus dan melakukan terjunan yang sudah lama tidak dilakukan sebelum ini dengan sempurna. Katanya, feeling terjunan itu sudah kembali normal selepas menyertai kem latihan Road To Tokyo Jun lalu.

“Sekarang ini sudah tiba masanya latihan kembali seperti biasa. Saya akan cuba pastikan untuk terus kekal konsisten selain meningkatk­an lagi darjah kesukaran terjunan selepas ini,” katanya.

Pandelela mendapat tiket awal layak ke Olimpik Tokyo selepas meraih perak di Kejohanan Dunia di 2019 Gwangju, Korea Selatan tahun lalu bersama Leong Mun Yee dalam acara 10m seirama.

Dia turut layak beraksi dalam acara 10m individu. Selain Pandelela dan Mun Yee, Nur Dhabitah Sabri serta Wendy Ng turut menempah tiket ke temasya Olimpik masing-masing dalam acara 3m papan anjal individu.

“Ketika ini saya hanya mahu meneruskan latihan seperti

biasa Pandelela Rinong

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia