Harian Metro

SISA PETROL DALAM RUMAH

Kematian Escobar Langkawi terus jadi tanda tanya

- Oleh Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

Kebakaran biasa atau konspirasi? Itu persoalan mengenai kematian Pablo Escobar Langkawi yang rentung dalam kebakaran rumahnya di pada 1 April 2019.

Turut maut dalam tragedi itu ialah isteri serta anak lelakinya yang berusia enam tahun.

Mayat lelaki itu ditemui rentung di ruang tamu manakala mayat isteri dan anaknya ditemui dalam bilik air dipercayai mengalami sesak nafas akibat asap kebakaran.

Beberapa hari sebelum kejadian, polis dikatakan mahu menangkap lelaki terbabit bukan kerana pembabitan dalam dadah, tetapi berkaitan pemilikan beberapa senjata api yang diragui dari mana dia memperoleh senjata berkenaan.

Namun sebelum polis bertindak, dia sudah terbunuh dalam kebakaran rumahnya. Jika dia ditahan polis dikhuatiri akan terbongkar kegiatan dan anggota polis yang melindungi­nya selama ini.

Berdasarka­n siasatan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak berkenaan menemui sisa petrol dalam rumah berkenaan dan ia sekali gus menolak kemungkina­n kebakaran disebabkan litar pintas.

Seorang pegawai bomba yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, pegawai penyiasat sudah melengkapk­an siasatan dan hasilnya juga diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut termasuk salinan kepada Ibu Pejabat JBPM di

Alor Setar dan Putrajaya.

“Siasatan semua dah lengkap, serah kepada mereka untuk ambil tindakan lanjut kerana kita dapati terdapat unsur khianat, jenayah dalam kebakaran itu.

“Pasukan siasatan JBPM menemui petrol yang dibakar dan siasatan amat pasti ia bukan kerana litar pintas.

“Kita dah serah laporan kepada pasukan forensik mereka sepatutnya siasat. Kita (bomba) buat punca siasatan dan macam saya cakap tadi memang ada unsur jenayah, bomba kesan multiple fire origin termasuk penggunaan petrol di beberapa bahagian rumah itu,” katanya.

Katanya, namun dua lagi mangsa iaitu anak dan isteri lelaki itu maut akibat lemas kerana asap.

Ditanya adakah pihaknya bertanya kepada polis mengenai siasatan, pegawai tinggi terbabit memaklumka­n, ada.

“Kita bangkitkan soal (hasil) siasatan dalam pertemuan berlangsun­g di JBPM Alor Setar, tetapi pegawai penyiasat polis itu dakwa mereka punya pendapat lain yang katanya kebakaran itu tidak disengajak­an mangsa (si mati). Ia amat berbeza berbanding hasil siasatan yang bomba lakukan, tetapi kita (bomba) tidak boleh berbuat apa,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan, kegiatan penyeludup­an dan pengedaran dadah di Pulau Langkawi dikawal Pablo Escobar Langkawi yang dilindungi anggota polis dikenali sebagai Mr N.

Sumber mendakwa, lelaki berkenaan dibunuh dua orang suruhannya iaitu warga Thailand.

“Dia dibakar, rumahnya dibakar dan anak serta isterinya dibiarkan lemas dalam asap kebakaran itu,” katanya.

Ditanya bukti kepada dakwaannya itu, sumber menyertaka­n beberapa gambar kebakaran di rumah itu.

“Pintu depan dan belakang rumah dikunci

(mangga) dari luar. Ini bukan kebetulan,” katanya.

Tambahnya, sehingga kini tiada laporan mengenai punca kebakaran itu didedahkan kepada umum malah siasatan juga dikatakan sudah

‘ditutup’.

“Kita bukan nak membela pengedar dadah, tetapi hanya mahu tunjukkan rasuah babitkan anggota yang akhirnya terdesak hingga membunuh demi hapuskan jejaknya,” katanya.

Tambahnya, rumah itu dilengkapi CCTV yang canggih.

“Takkan polis tak siasat, tengok CCTV itu,” katanya.

 ??  ?? PINTU rumah Pablo Escobar Langkawi dikunci dari luar ketika kejadian.
PINTU rumah Pablo Escobar Langkawi dikunci dari luar ketika kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia