Harian Metro

Dicekup susun dadah RM6.58j

Dua beranak, seorang remaja disyaki dalang sindiket pengedaran syabu, ganja ditahan

- Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Dua beranak bersama seorang remaja ditahan di Felda Rimba Emas, Padang Besar selepas mereka disyaki mengetuai rangkaian sindiket pengedaran dadah syabu dan ganja bernilai RM6.58 juta.

Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata, penahanan dua beranak berusia 43 dan 16 tahun bersama remaja berusia 16 tahun dilakukan di sebuah rumah jam 12.15 tengah malam Selasa lalu dan jam 2.45 pagi kelmarin.

Menurutnya, turut ditemui di dalam rumah itu 100 kilogram ketulan mampat ganja bersama 126 kilogram syabu dimuatkan ke dalam lima karung guni dan 18 beg.

“Hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), dua beranak ini dengan dibantu seorang lagi remaja disyaki bergiat aktif dalam rangkaian pengedaran dadah sejak awal tahun lalu.

“Ketika tangkapan dilakukan, dua remaja terbabit setidak dang menyusun dadah sebelum bapanya tiba di rumah dan ditahan di lokasi sama dua jam kemudian,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.

Surina berkata, hasil ujian air kencing ke atas ketiga-tiga suspek mendapati mereka positif syabu namun tiada rekod jenayah lampau.

“Mereka ini bergerak secara terancang, malah kita percaya dadah diedar untuk pasaran luar Perlis sehingga ke selatan tanah air.

“Dua remaja ini didapati lagi bersekolah manakala suspek lelaki adalah penganggur sebelum mereka aktif dalam kegiatan ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat modus operandi sindiket memandangk­an mereka berani membawa masuk ganja dan syabu dalam kuantiti besar.

“Kita percaya semua dadah ini diseludup dari negara jiran dan ia rampasan terbesar di Perlis untuk tahun ini.

“Mereka direman tujuh hari bermula semalam (kelmarin), bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya.

 ??  ?? SURINA (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukka­n dadah yang dirampas di sebuah rumah di Felda Rimba Emas, Padang Besar.
SURINA (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukka­n dadah yang dirampas di sebuah rumah di Felda Rimba Emas, Padang Besar.
 ??  ?? DADAH yang dirampas dipercayai untuk diedarkan ke pasaran luar Perlis.
DADAH yang dirampas dipercayai untuk diedarkan ke pasaran luar Perlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia