Harian Metro

10 kes penularan tempatan, 4 import

-

Kuala Lumpur:

Jangkitan baharu Covid-19 merekodkan 14 kes baharu semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruha­n wabak itu sebanyak 9,374 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 10 kes baharu yang dilaporkan berkaitan penularan tempatan manakala empat kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Katanya, kes penularan tempatan membabitka­n enam warganegar­a dan empat bukan warganegar­a manakala kes import masing-masing dua warganegar­a serta bukan warganegar­a.

“Daripada empat kes import itu, tiga dari Singapura yang dilaporkan di Negeri Sembilan dan Johor serta satu dari Filipina yang dilaporkan di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur.

“Bagi kes penularan tempatan pula, tiga kes dari Kluster Tawar dan satu Kluster Telaga di Kedah manakala dua kes dari Kluster Benteng LD di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat empat kes pulih dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 9,083 kes iaitu 96.9 peratus daripada jumlah keseluruha­n.

Beliau berkata, setakat ini jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan Covid-19 adalah 163 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Empat kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga daripadany­a memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Katanya, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 128 kes.

 ??  ?? PEGAWAI Perhubunga­n Awam Komunikasi Korporat Jabatan Perdana Menteri ( JPM), Rashila Ab Rasid menunjukka­n panduan kawalan kendiri bagi memerangi Covid-19 di Bangunan Perdana Putra, semalam.
PEGAWAI Perhubunga­n Awam Komunikasi Korporat Jabatan Perdana Menteri ( JPM), Rashila Ab Rasid menunjukka­n panduan kawalan kendiri bagi memerangi Covid-19 di Bangunan Perdana Putra, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia