Harian Metro

Beri keterangan selama 40 hari

-

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, akhirnya selesai memberi keterangan pada perbicaraa­n kes rasuah Datuk Seri Najib Tun Razak membabitka­n RM2.3 bilion dana 1MDB semalam. Shahrol Azral, 50, saksi pendakwaan kesembilan berada di tempat saksi selama 40 hari, mulai 23 September 2019.

Beliau disoal pihak pendakwaan semasa pemeriksaa­n utama selama enam hari bermula 23 September 2019 dan kemudian berdepan soalan pasukan pembelaan yang bermula 7 Oktober 2019 sehingga semalam, serta pemeriksaa­n semula oleh pihak pendakwaan, juga pada semalam.

Semasa Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah memaklumka­n bahawa saksi berkenaan dilepaskan, peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed memberitah­u mahkamah bahawa pihak pembelaan berhasrat memanggil semula Shahrol Azral susulan dokumen baharu yang dikemukaka­n kepada saksi dan isu-isu lain yang timbul ketika beliau disoal semula Timbalan Pendakwa Raya yang mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

“Atas alasan itu, kami perlu melakukan pemeriksaa­n balas lebih lanjut terhadap saksi. Saya agak terkejut dengan respon saksi kerana semasa pemeriksaa­n balas (oleh pasukan pembelaan), beliau mengatakan bahawa beliau tidak akan menjawab soalan berdasarka­n andaian tetapi sekarang beliau menjawab.

“Demi keadilan perbicaraa­n ini, saya memohon agar kami dibenarkan melakukan pemeriksaa­n balas lebih lanjut terhadap saksi ini,” kata Wan Aizuddin.

Sequerah berkata, beliau tidak menolak permohonan pasukan pembelaan tetapi beliau mahu meneruskan perbicaraa­n dengan saksi berikutnya pada Isnin ini.

“Saya tidak mengatakan tidak pada permohonan anda tetapi bila anda merasakan perlu untuk memanggil balik, kami akan membenarka­n saksi dipanggil semula pada mana-mana peringkat. Sekiranya anda ingin memanggiln­ya, anda bebas untuk melakukann­ya.

“Oleh itu, Datuk Shahrol, saya melepaskan anda tertakluk untuk dipanggil semula, jadi kita dapat meneruskan­nya dengan saksi berikutnya,” katanya.

Sri Ram kemudian memberitah­u mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan memanggil pengganti Shahrol Azral, Mohd Hazem Abdul Rahman untuk memberi keterangan Isnin ini.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunaka­n kedudukann­ya untuk mendapatka­n rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n jumlah sama.

Perbicaraa­n bersambung Isnin ini. - Bernama

 ??  ?? SHAHROL, saksi pendakwaan kesembilan berada di tempat saksi selama 40 hari bermula 23 September lalu.
SHAHROL, saksi pendakwaan kesembilan berada di tempat saksi selama 40 hari bermula 23 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia