Harian Metro

Restoran, kedai kopi jadi sarang judi

-

Kuala Lumpur: Jika sebelum ini kedai sewa menjadi tumpuan sindiket judi dalam talian namun kini mereka beralih arah kepada kedai kopi serta restoran sebagai sarang’ operasi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superinten­dan Naazron Abdul Yusof berkata, lokasi operasi kegiatan itu terletak di kawasan ‘tersorok’ di daerah ini bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Kini, kaki judi boleh berjudi bila-bila masa di lokasi berkenaan termasuk di rumah masing-masing memandangk­an semua urusan boleh dilakukan melalui dalam talian termasuk tambahan kredit.

“Semua lokasi ‘popular’ ini pastinya mempunyai rangkaian jaringan internet tanpa wayar (WiFi) bagi membolehka­n kaki judi bermain tanpa sekatan,” katanya.

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi melupuskan 875 komputer, tiga tablet, tujuh komputer riba dan tiga mesin simulator bernilai RM900,000 yang dirampas menerusi 48 serbuan Operasi Dadu (Op Dadu) bagi tempoh 2016 hingga 2019.

Naazron berkata, hasil serbuan itu, sebanyak 48 kertas siasatan dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Daripada jumlah itu, 20 kertas siasatan sudah dituduh di mahkamah, manakala 28 lagi dikategori­kan sebagai tiada tindakan lanjut (no futher action) oleh timbalan pendakwa raya.

“Bagi 28 kes berkenaan, notis tuntutan semula barang kes sudah dikeluarka­n kepada pihak berkaitan, namun tiada tuntutan dilakukan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis dikeluarka­n.

“Disebabkan itu, pihak polis membuat permohonan di hadapan Majistret Mahkamah Jalan Duta pada 10 Februari lalu bagi melupuskan semua barang kes berkenaan membabitka­n 48 kertas siasatan dan ia diluluskan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus menjalanka­n operasi secara berterusan supaya kegiatan perjudian di daerah ini dapat dikekang sehingga ia berjaya dihapuskan sepenuhnya.

“Kami memohon masyarakat supaya menyalurka­n maklumat sekiranya mengetahui atau ada menerima mesej daripada sindiket judi.

“Antara tindakan yang boleh dilakukan orang ramai adalah membuat laporan kepada pihak Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat laman sesawang judi terbabit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia