Harian Metro

Firdaus individu penting operasi SAR

-

Kuala Terengganu: “Pemergiann­ya umpama kami hilang ahli keluarga terdekat,” kata Timbalan Pengarah Pengurusan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu, Mohd Sarif Hassan ketika mengulas kematian Leftenan Maritim Md Firdaus Omar.

Md Firdaus, 35, meninggal dunia dalam kemalangan di simpang tiga Jalan Gong Badak berhampira­n Taman Perumahan Mega, Kuala Nerus, dekat sini, pada jam 7 malam kelmarin.

Turut terkorban dalam kemalangan itu anak sulung Md Firdaus, Muhammad Lutfil Al-Hadi, 8.

Menurut Mohd Sarif, Allahyarha­m adalah individu penting dalam sebarang operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi Maritim Terengganu, malah pemergiann­ya disifatkan satu kehilangan besar buat agensi itu.

Katanya, Md Firdaus sudah bertugas selama 12 tahun dan seorang pegawai yang sangat komited, berdedikas­i ketika bertugas serta akan bekerja keras sama ada ketika penugasan SAR, mahupun mengurus Pasukan Kadet Maritim Malaysia (Paskam) Universiti Malaysia Terengganu (UMT). “Apabila bercakap berkenaan SAR dan pasukan ini (Paskam), Allahyarha­m akan ke hadapan dahulu dan bertungkus-lumus menguruska­n hal berkaitan.

“Mengenai karakter Allahyarha­m, dia seorang yang serius dan tegas ketika bekerja namun pada masa sama turut suka bergurau. Kehilangan­nya ibarat kami hilang ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, kelmarin. Mohd Sarif berkata, selain bantuan pengurusan jenazah dan kebajikan waris, pihaknya sedia menawarkan sesi kaunseling dan pengurusan trauma kepada ahli keluarga.

Katanya, beliau menyedari keperluan itu penting terutama kepada isteri arwah dan dua anaknya berusia enam serta satu tahun.

“Mereka masih terkejut dengan kejadian ini,” katanya.

Md Firdaus sudah berkhidmat selama 12 tahun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia