Harian Metro

Kejutan baca rayuan ke-5

-

Apabila tiba pada ayat diperkenan­kan bagi rayuan kali kelima, saya gagal teruskan bacaan dan pegawai meminta saya melakukan sujud syukur”

Ahmad

Tersesat ke kampung lain dan tidak pandai menggunaka­n telefon pintar. Itu pengalaman baharu dilalui bekas banduan kumpulan Al-Ma’unah tatkala melangkah keluar dari tirai besi pada 17 Ogos lalu.

Terkurung di sebalik tembok tinggi selama 20 tahun yang memisahkan­nya dengan dunia luar, bekas banduan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 49, mengakui kekok dan terkejut dengan keadaan semasa terutama di kampungnya yang disifatkan jauh berbeza berbanding dahulu.

Cahaya terang matahari juga mengganggu penglihata­nnya lantaran sudah terbiasa dengan suasana suram di penjara.

“Bayangkan daripada kawasan hutan pada 20 tahun lalu, kini dipenuhi rumah. Saya nak bawa motosikal pun rasa takut sebab banyak betul kereta dan lori atas jalan. Bukan macam dulu… televisyen sekarang pun banyak yang dah ‘kurus’ (skrin nipis). Motosikal pun dah canggih tak perlu dihidupkan guna kaki.

“Apa yang membuatkan saya tersenyum tentunya melihat betapa ramainya anak saudara…sampai hari ini saya ragu-ragu dengan jumlahnya. Mungkin lebih daripada 15 orang, sedangkan ketika saya tinggalkan keluarga, hanya ada lima orang,” katanya.

Ahmad yang sepatutnya menjalani hukuman penjara sepanjang hayat antara 13 ahli kumpulan Al-Ma’unah dibebaskan awal susulan pengampuna­n oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan ke-63.

Dia dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh seketika pada 2000 sebelum ke Penjara Kajang selama lapan tahun, kemudian dipindahka­n ke Penjara Marang selama 12 tahun sejak 2008 dan akhirnya pada 17 Ogos lalu, beliau Mengimbas kembali detik pembebasan­nya, Ahmad berkata, pada 16 Ogos lalu, beliau dipanggil pegawai penjara untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan dan diminta membaca surat.

Katanya, dia diminta membaca satu persatu baris ayat di surat itu yang memaklumka­n keputusan penolakan empat kali rayuannya untuk pembebasan sebelum ini, sehingga pada baris terakhir menyatakan rabekas yuannya diperkenan­kan.

“Apabila tiba pada ayat diperkenan­kan bagi rayuan kali kelima, saya gagal teruskan bacaan dan pegawai meminta saya melakukan sujud syukur,” katanya sambil menambah saat itu beliau bagai tiada keupayaan lagi untuk berdiri kerana terlalu terkejut sehingga dipapah pegawai penjara.

Ahmad berkata, malam terakhir di penjara dirasakan sangat panjang sehingga beliau tidak dapat medibebask­an. lelapkan mata.

“Saya tak tidur. Saya hanya berbaring atas simen…semua peralatan termasuk tilam, selimut, bekas air dan segalanya saya agihkan kepada banduan lain.

“Pada hari terakhir, sebelum melangkah keluar daripada pintu besi, saya dibawa berjumpa pegawai penjara. Di situ saya dijamu makan durian. Ia hadiah untuk pembebasan saya. Ketika itu juga air mata saya mengalir laju.

“Sudah 20 tahun tidak merasa enaknya durian,” katanya .

Katanya, apabila tiba di rumah pada 17 Ogos lalu, beliau disambut penuh gembira oleh keluarga dan rakan terdekat sambil dijamu nasi minyak serta pelbagai makanan lain manakala pada Awal Muharam lalu, surau berdekatan rumahnya mengadakan kenduri kesyukuran menyambutn­ya pulang.

Ketika ditanya apakah dilakukan dalam masa terdekat, Ahmad yang mahir membuat perabot ketika di penjara berkata, beliau ada menerima tawaran bekerja, tetapi belum membuat keputusan kerana mahu berehat seketika, selain mahu membalas jasa keluarga terutama kakaknya yang sering memberi sokongan dan sentiasa melawatnya di penjara.

Bagi memastikan nilai positif pada dirinya terus kekal, Ahmad yang pernah meraih perhatian ramai kerana kehebatann­ya khatam al-Quran sebanyak 165 kali ketika di penjara berkata, beliau akan meneruskan amalannya membaca al-Quran setiap hari seperti di penjara.

“Saya terharu atas pembebasan ini. Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong. Saya yakin apa yang berlaku ini mempunyai kaitan dengan amalan saya di penjara, termasuk doa yang tidak putus daripada keluarga,” katanya. – Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia