Harian Metro

Monyet parah ditamat hayat

Mamalia dirempuh kenderaan diberi suntikan

- Oleh Hazsyah Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Seekor monyet bangkatan (Proboscis) jantan dewasa terpaksa ditamatkan hayat menerusi suntikan eutanasia akibat parah selepas dirempuh kenderaan di Jalan Bambangan, Seguntor, Batu 11, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, haiwan ikon Malaysia berkenaan dilaporkan parah di kaki, patah tangan dan beberapa anggota badan lain serta mempunyai peluang tipis untuk hidup.

Difahamkan, kejadian menimpa haiwan itu disedari seorang pegawai kanan keselamata­n sebelum memaklumka­nnya kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan lanjut.

Pegawai JHL Sandakan, Hussien Muin berkata, kakitangan Penyelamat Hidupan Liar (WRU) kemudian diarahkan ke lokasi.

“Sebaik ditemui dalam keadaan parah, monyet Bangkatan itu kemudian dihantar ke Klinik Sepilok dan mendapati ia dalam keadaan lemah selain mengalami banyak pendarahan.

“Haiwan berkenaan juga mempunyai luka pada kaki, ibu jari serta patah tangan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam. Menurutnya, rawatan segera diberikan ke atas monyet Bangkatan itu, namun kecederaan dan pendarahan yang dialami serius. “Peluang untuk haiwan itu hidup sangat tipis, lalu keputusan untuk melakukan suntikan eutanasia (ubat bagi mempercepa­tkan proses kematian) terpaksa diambil bagi menghentik­an kesengsara­an yang dialaminya,” katanya. Katanya, pihaknya memohon kepada pengguna jalan raya di kawasan itu supaya berhati-hati dan prihatin bagi mengelakka­n kejadian sama berulang.

“Peluang haiwan itu hidup sangat tipis, lalu suntikan eutanasia diberikan Hussien

 ??  ?? MONYET parah dirempuh kenderaan dan terpaksa ditamatkan riwayat.
MONYET parah dirempuh kenderaan dan terpaksa ditamatkan riwayat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia