Harian Metro

Kumin meninggal dunia

-

Kuala Lumpur:

Bekas anggota kumpulan KU2, Kumin, 49, meninggal dunia di rumahnya di Taman Lembah Maju, Pandan Indah di sini, semalam.

Berita kematian Kumin atau nama sebenarnya Khuzami Ismail disahkan rakan baiknya yang juga pelakon, Yank Kassim.

Yank ketika dihubungi berkata, dia dihubungi isteri Kumin, Norasikin Jusoh, 40, pada jam 12 tengah hari memaklumka­n berita sedih itu.

“Isterinya keluar membeli makanan. Bagaimanap­un, apabila kembali ke rumah dia mendapati Kumin berada atas lantai di tepi katil. Kebiasaann­ya Kumin akan berada atas katil, tapi kali ini kedudukann­ya atas lantai. Tak pasti sama ada dia terjatuh atau ada perkara lain. Apabila didekati Kumin sudah tidak bernyawa,” katanya.

Yank berkata, dia tidak tahu apa punca kematian Kumin. Ini kerana Kumin sudah sihat selepas dimasukkan ke hospital sebelum ini, cuma dia tidak boleh berjalan kerana masih lemah.

Pada 31 Julai lalu, Kumin dimasukkan ke Hospital Ampang akibat angin pasang dan air berlebihan dalam badan serta dibenarkan keluar pada 7 Ogos lalu.

Jenazah dibawa ke Hospital Ampang untuk proses bedah siasat semalam sebelum dibawa ke Masjid Al-Azim,

Pandan Indah.

Jenazah dikebumika­n di Seri Menanti, Negeri Sembilan hari ini.

Kumin mula aktif dalam industri hiburan sejak era 1990-an bersama rakan baiknya, Allahyarha­m Bob Kuman dengan menubuhkan kumpulan duo dikenali KU2 di bawah syarikat rakaman Pony Canyon.

Berbanding Bob Kuman yang banyak berlakon, Kumin pula fokus kepada kerja belakang tabir dan menjadi pengurus produksi.

KU2 pernah menghasilk­an empat album iaitu Motivasi pada 1994, Evolusi (1997),

Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

Allahyarha­m meninggalk­an seorang balu dan tidak mempunyai anak.

 ??  ?? KUMIN
KUMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia