Harian Metro

The Rock, keluarga dijangkiti Covid-19

-

Los Angeles:

Bintang Hollywood, Dwayne

Johnson atau The Rock menerusi Instagram mengesahka­n dia dan keluargany­a dijangkiti Covid-19 sejak beberapa minggu lalu.

Dalam video berdurasi 11 minit dan 35 saat itu, Dwayne memaklumka­n mereka mendapat jangkitan itu daripada kenalan rapat keluargany­a.

Dwayne turut memaklumka­n mereka kini dalam keadaan sihat.

“Dua ke tiga minggu lalu, isteri saya, Lauren, dua anak perempuan kami, Jasmine dan Tiana serta saya sendiri dijangkiti virus ini dan selepas ujian dibuat, semuanya positif.

“Kami dijangkiti daripada kenalan keluarga yang rapat dan kami sendiri percaya mereka juga bersedih kerana tidak tahu bahawa mereka dijangkiti,” katanya. Katanya, ini adalah cabaran terbesar buat dirinya dan keluarga.

“Ini dugaan hebat buat kami sekeluarga. Saya pernah lalui pelbagai dugaan sebelum ini seperti kecederaan dan berkaitan ekonomi, namun ini dugaan yang berbeza,” katanya.

Dikenali sebagai seorang yang sangat berdisipli­n dalam menjaga kesihatan, Dwayne meminta pengikutny­a di Instagram supaya melakukan yang termampu dalam mengawal penularan pandemik ini.

“Semua tahu bagaimana saya begitu menjaga disiplin dalam perkara berkaitan kesihatan dan keselamata­n terutama keluarga saya. Namun, kita takkan pernah tahu kalau ada orang terdekat kita yang dijangkiti dan datang bertemu kita.

“Jadi, saya mohon supaya anda semua sentiasa berhati-hati dan tolong minta kenalan terdekat untuk lakukan ujian sehari sebelum datang ke rumah atau bertemu,” katanya. Dalam tempoh lima jam, video berkenaan ditonton hampir tiga juta orang dan menerima hampir 20,000 komen.

 ??  ?? DWAYNE
DWAYNE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia