Harian Metro

Pembelaan tutup kes dengan 6 saksi

-

Pihak pembelaan dalam kes bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad yang menghadapi sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) oleh Felda Investment Corporatio­n Sdn Bhd (FICSB), menutup kesnya semalam selepas memanggil enam saksi.

Mohd Isa yang diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin memberitah­u Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa pihak pembelaan menutup kesnya selepas saksi terakhirny­a, Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi, 43, selesai memberi keterangan.

Dr Mohd Zaqrul Razmal, dalam keterangan­nya antara lain berkata beliau bertemu bekas Pegawai Khas Politik Mohd Isa, Muhammad Zahid Md Arip untuk berbincang mengenai pembelian bahan bakar oleh Felda.

Hakim Mohd Nazlan menetapkan 4 November untuk mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak sebelum memutuskan sama ada untuk mensabitka­n atau membebaska­n Mohd Isa daripada tuduhan rasuah.

Beliau memerintah­kan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis pada atau sebelum 2 Oktober dan perlu menjawab hujahan bertulis itu sebelum 16 Oktober.

Pada 16 Jun, Mohd Nazlan memerintah­kan Mohd Isa membela diri terhadap sembilan pertuduhan rasuah setelah pendakwaan berjaya membuktika­n setiap unsur penting kesalahan menerima rasuah di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mohd Isa, 71, memilih memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi iaitu disoal terlebih dahulu oleh peguamnya semasa pemeriksaa­n utama dan kemudian pemeriksaa­n balas pihak pendakwaan.

Pada 17 Ogos, Mohd Isa dalam pembelaann­ya menafikan beliau menerima RM3 juta dalam sembilan transaksi daripada Muhammad Zahid, berhubung pembelian MPHS dan juga berkata beliau tidak pernah membincang­kan atau bertanya Muhammad Zahid mengenai pembelian itu.

Pihak pembelaan mengambil masa tiga hari mulai 17, 19 Ogos dan berakhir hari ini.

Mohd Isa menghadapi sembilan pertuduhan rasuah, iaitu menerima suapan untuk dirinya RM3,090,000 daripada Ikhwan Zaidel, iaitu ahli lembaga Gegasan Abadi Properties

Sdn Bhd, menerusi individu bernama Muhammad Zahid Md Arip, sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh FICSB bagi RM160 juta.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.

Setiap pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - Bernama

Hakim tetapkan 4 November dengar hujahan kedua-dua pihak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia