Harian Metro

Ekspresi Jamila

Remaja autisme bercerita mengenai sejarah Malaysia bermula pada 1700 melalui lukisan

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Melihat lukisan dipamerkan, mungkin tiada siapa menyangka ia dihasilkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang menghidap autisme sejak kecil.

Sebaik penulis tiba di kediaman keluargany­a di sini, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri atau mesra disapa Jamila sedang leka menyiapkan lukisan sempena Hari Kebangsaan ke-63.

Apabila diselidik, Jamila adalah pelukis profesiona­l yang menyertai banyak pameran di dalam mahu pun di luar negara.

Ibunya, Noorhashim­ah Mohamed Noordin, 59, berkata, sudah menjadi kebiasaan menjelang Hari Kebangsaan, Jamila akan menghasilk­an sekurang-kurangnya satu lukisan.

Katanya, tahun ini Jamila membuat kelainan dengan menghasilk­an lukisan bertajuk Voyage of Freedom.

“Menerusi lukisan, Jamila bercerita mengenai sejarah pembentuka­n Malaysia bermula pada 1700 sehingga kini.

“Dia mula menghasilk­an lukisan itu sejak tiga minggu lalu dan dijangka siap dalam beberapa hari lagi.

“Uniknya, biarpun lukisan yang dihasilkan belum siap sepenuhnya, sudah ada pembeli membuat tempahan,” katanya.

Menurutnya, bakat melukis anak keempat daripada lima beradik itu, disedari sejak berusia empat tahun.

“Pada ketika itu, Jamila sukar berkomunik­asi dan akan melukis orang yang sedih dan menangis untuk menyatakan perasaanny­a apabila orang lain tidak memahaminy­a.

“Pada usia 14 tahun, Jamila mula serius dalam bidang lukisan dengan menyertai pelbagai pameran di dalam dan luar negara,” katanya.

Katanya, sebagai ibu, dia sentiasa memberi sokongan terhadap minat anaknya dalam bidang seni lukis.

“Saya bersyukur dengan bakat semula jadi Jamila dihargai oleh banyak pihak di dalam dan luar negara.

“Kekurangan yang dimiliki Jamila sebenarnya adalah kelebihan yang dianugerah Tuhan kepadanya,” katanya.

‘‘

Dia mula menghasilk­an lukisan itu sejak tiga minggu lalu dan dijangka siap dalam beberapa hari lagi. Uniknya, biarpun lukisan yang dihasilkan belum siap sepenuhnya, sudah ada pembeli membuat tempahan”

Noorhashim­ah

 ??  ?? JAMILA leka menyiapkan lukisannya.
JAMILA leka menyiapkan lukisannya.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NOORHASHIM­AH (kiri) bersama Jamila serta lukisan bertajuk Voyage of Freedom yang dihasilkan sempena Hari Kebangsaan.
NOORHASHIM­AH (kiri) bersama Jamila serta lukisan bertajuk Voyage of Freedom yang dihasilkan sempena Hari Kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia