Harian Metro

Pameran artifak eksklusif Rasulullah SAW

-

Sungai Buloh:

Kayu sugi, ekstrak peluh Rasulullah SAW dan jubah milik Saidatina Fatimah az-Zahra antara artifak eksklusif yang belum pernah dipamerkan di Malaysia sebelum ini namun bakal menjadi tarikan pengunjung Pameran Khazanah Peninggala­n Rasulullah SAW.

Pameran itu akan diadakan di Madrasah Darul Uloom Al Mustafa di Jalan Gajah 10, Kubu Gajah di sini, bermula esok hingga lusa secara percuma.

Penyelaras penganjura­n dan jurucakap madrasah, Shawal Taha berkata, pameran itu mendapat kerjasama daripada pakar etnologi dan artifak Islam dunia, Datuk Prof Dr Abdul Manan Embong yang juga pemilik Galeri Warisan MAR Terengganu.

“Lebih 20 artifak barangan peninggala­n Rasulullah akan dipamerkan antaranya rambut, janggut, tanah makam, darah bekam, tapak kaki, serban, capal, tongkat dan kiswah Kaabah.

“Selain itu, turut dipamerkan pedang Khalid Al-Walid, bekas kemenyan, Quran Othmani, batu dinding Kaabah dan kiswah makam Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Menurutnya, apa yang menarik adalah terdapat beberapa artifak yang belum pernah dipamerkan di mana-mana pameran antaranya rambut Saidatina Fatimah az-Zahra dan Saidatina Khadijah RA, esktrak peluh dan kayu sugi Rasulullah SAW.

“Idea ini tercetus selepas melihat keadaan ketika ini agak kelam-kabut dengan Covid-19, satu cara membantu menenangka­n masyarakat adalah mendekatka­n diri dengan Rasulullah SAW melalui barangan peninggala­n baginda,” katanya.

Menurutnya, mengambil simbolik hijrah sempena

Muharam supaya umat Islam yang dalam keadaan susah hati kepada senang hati dan merindui Rasulullah SAW dapat hadir melihat barangan baginda.

“Bagaimanap­un, disebabkan ketika ini kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kita perlu mengetatka­n prosedur operasi standard (SOP) jumlah pengunjung yang hadir.

“Sasaran kami seramai 2,000 pengunjung akan hadir dan wajib mendaftar menerusi dalam talian di http://tiny.cc/PameranArt­ifak,” katanya.

 ??  ?? RUANG Pameran Khazanah Peninggala­n Rasulullah SAW di Madrasah Darul Uloom Al Mustafa.
RUANG Pameran Khazanah Peninggala­n Rasulullah SAW di Madrasah Darul Uloom Al Mustafa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia