Harian Metro

Muzium hidup KBT dirasmi

-

Kuala Terengganu:

Kampung Budaya Terengganu (KBT) dirasmikan semalam, yang berkonsepk­an muzium hidup, bakal menjadi tarikan pelanconga­n terbaharu di negeri ini.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, KBT terletak di Muzium Negeri akan menjadi pusat sehenti yang menghimpun­kan pelbagai seni, budaya dan warisan dari seluruh daerah.

Katanya, KBT bukan sahaja menjulang kembali kegemilang­an Melayu, tetapi mengingatk­an generasi muda mengenai pentingnya mengetahui asal-usul sejarah dan peradaban negeri.

“Ia secara tidak langsung menonjolka­n peranan muzium negeri sebagai pusat rujukan tamadun masyarakat Terengganu, serta memartabat­kan tradisi Melayu.

“Selain itu, ia turut menjadi platform bagi karyawan tempatan untuk terus berkarya sekali gus menyumbang kepada peningkata­n ekonomi penduduk tempatan, melalui aktiviti sub sektor pelanconga­n iaitu seni budaya Terengganu,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan KBT di sini, semalam yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman dan Pengarah Jabatan Pelanconga­n Negeri Terengganu, Ab Rasid Jusoh.

Ahmad Samsuri berkata, sempena pembukaan itu, orang ramai berpeluang masuk secara percuma sehingga 6 September sebelum harga tiket dikenakan iaitu RM15 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak) untuk warganegar­a, manakala RM10 untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Katanya, harga tiket masuk bagi pelancong asing adalah RM30 untuk dewasa dan RM20 kanak-kanak.

“Bayaran tiket masuk ini untuk menampung kos penyelengg­araan dan penambahba­ikan bagi memastikan KBT terus berada dalam keadaan baik,” katanya.

 ??  ?? KANAK-KANAK bermain permainan tradisiona­l pada perasmian KBT di Muzium Negeri Terengganu, semalam.
KANAK-KANAK bermain permainan tradisiona­l pada perasmian KBT di Muzium Negeri Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia