Harian Metro

‘Amatlah rugi’

Pekebun durian di Raub cari penyelesai­an ‘menang-menang’ bersama kerajaan negeri

- Oleh Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my

Pekebun durian Musang King yang didakwa menceroboh tanah kerajaan dan hutan simpan di Raub berunding dengan kerajaan negeri Pahang bagi mempertaha­nkan kebun mereka yang diusahakan lebih 40 tahun.

Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka) Chang Yee Chin berkata, rundingan pertama dibuat dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Raub, kelmarin dan pertemuan itu berjalan dalam suasana baik dengan beberapa perkara utama dibincangk­an.

“Lebih 1,000 pekebun masih berminat menguruska­n kebun durian yang mereka tanam dan berharap ada jalan penyelesai­an terbaik yang akan diputuskan bagi kepentinga­n kedua-dua pihak.

“Selagi ada ruang dan peluang, kita akan bekerjasam­a dengan kerajaan Pahang untuk mendapat keputusan ‘menang-menang’,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Chang yang mewakili semua pekebun durian di Raub berkata, mereka tidak berniat atau bercadang untuk memusnahka­n pokok buah-buahan yang ada sebagai tanda protes memandangk­an pintu rundingan masih terbuka luas.

Malah, katanya, pekebun sudah mengeluark­an modal besar untuk mengusahak­an kebun durian Musang King dan amatlah rugi jika pokok yang kebanyakan­nya sudah mengeluark­an hasil dimusnahka­n.

“Saya yakin melalui perbincang­an yang diadakan tidak mustahil keputusan terbaik akan dapat dimuktamad­kan demi kebaikan bersama. Kami akur kata putus yang akan dibuat nanti.

“Malah, kita boleh membayar cukai tanah dan sewa kepada kerajaan seperti disyaratka­n kerana mahu terus berkebun,” katanya yang memberitah­u hasil durian itu bukan hanya memberi pendapatan kepada pekebun tetapi juga kerajaan negeri.

Pada 1 Ogos lalu, kerajaan negeri Pahang mengumumka­n tindakan tegas terhadap pekebun durian di Raub yang mengusahak­an tanaman buah itu secara haram di atas tanah kerajaan serta kawasan hutan simpan.

Tindakan didakwa menyebabka­n kerajaan mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah.

Antara kawasan terbabit ialah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras.

 ??  ?? PEKEBUN bersedia membayar cukai tanah dan sewa kepada kerajaan Pahang.
PEKEBUN bersedia membayar cukai tanah dan sewa kepada kerajaan Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia